Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang mengeja sambil membaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan dr akar hingga ke cabang atau ke dahan. 2 apa-apa yg bulat panjang: ~ leher; ~ cangkul. 3 penjodoh bilangan utk sungai. 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg panjang: Dlm kotak ini, ada lima ~ rokok. 5 bahagian tangkai pd cangkul (dayung dsb): ~ cangkul tangkai cangkul; ~ dayung tangkai dayung. ~ air sungai. ~ hidung a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. ~ kalam tangkai pena. ~ tubuh a. tubuh badan (tidak termasuk kaki dan tangan). b. diri sendiri; peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang membunyikan apa-apa yg dieja sebelumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(135)
Peribahasa

Batang jangan dibongkar-bongkar,
     takutkan cacing di bawahnya berlingkar;
lain rotan lain akar,
     walaupun sama boleh dibuat lekar.

Bermaksud :

Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
moss-grownadj berlumut: the ~ trunks of old trees, batang-batang pokok tua yg berlumut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plough~ st in, membajak sekali sst (bersama tanah): the stalks will be ~ed in before planting, batang-batang itu akan dibajak sekali sebelum menanam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
massWindermere boleh mempengaruhi iklim; d. (of colour) kelompok: the roses made a ~ of colour against the dark tree trunks, bunga mawar itu membentuk satu kelompok warna berlatarbelakangkan batang-batang pokok yg hitam; 3. largKamus Inggeris-Melayu Dewan
pole 1budak lelaki itu memanjat tiang telefon utk mengambil layang-layangnya; a flagpole, tiang bendera; a hut made of ~s covered with palm leaves, sebuah pondok yg dibuat drpd batang-batang kayu dan beratapkan daun nipah; 2. (measurement) pol;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bindvt 1. fasten, secure, tie, mengikat: they bound him hand and foot, mereka mengikat kedua-dua belah tangan dan kakinya sekali; the captive was bound to a post, tawanan itu diikat pd tiang; to ~ the sticks together with a cord, mengikat batang-batang kayu itu dgn tali; ~ st fast, fasten tightly, mengikatkan sst kuat-kuat: to ~ the rope fast, mengikatkan tali itu kuat-kuat; 2. also ~ up, encircle as with a band, mengikat: she bound her hair with a ribbon, dia mengikat rambutnya dgn reben;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shankn 1. straight, long part of an object, batang; (of button) tangkai: the ~ of a key, batang kunci; the ~ of a screwdriver, batang pemutar skru; 2. joint cut from an animal’s leg, daging paha; 3. (old use) part of leg between knee and ankle, betis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barn 1. rod (of iron, wood) batang (besi, kayu): iron ~, batang besi; 2. (of cage, window, gate, etc) jerjak, jeriji, jeruji, kisi-kisi; 3. wood, iron placed horizontally, palang: the high jump ~ was raised, palang lompat tinggi itu dinaikkan; the ~ of a door, palang pintu; horizontal ~s, palang mengufuk; parallel ~s, palang selari; 4. ingot, jongkong: gold ~s, jongkong emas; 5. (of chocolate) keping;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scragvt 1. wring neck of, memulas (batang) leher: ~ a turkey, memulas batang leher ayam belanda; 2. (colloq) handle roughly, mengasari: he was ~ged and beaten, dia telah dikasari dan dipukul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stalk 1 n 1. main stem of plant, batang: a corn ~, batang jagung; 2. subsidiary plant stem, tangkai: the children picked the cherries and removed the ~s, kanak-kanak itu memetik buah ceri dan mencabut tangkainya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rodn 1. thin, straight piece of wood, metal, etc, batang, rod: an iron ~, batang besi; 2. stick used for punishment, rotan; 3. see FISHING ROD; 4. (as measure) pol;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas