Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang mengeja sambil membaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan dr akar hingga ke cabang atau ke dahan. 2 apa-apa yg bulat panjang: ~ leher; ~ cangkul. 3 penjodoh bilangan utk sungai. 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg panjang: Dlm kotak ini, ada lima ~ rokok. 5 bahagian tangkai pd cangkul (dayung dsb): ~ cangkul tangkai cangkul; ~ dayung tangkai dayung. ~ air sungai. ~ hidung a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. ~ kalam tangkai pena. ~ tubuh a. tubuh badan (tidak termasuk kaki dan tangan). b. diri sendiri; peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang membunyikan apa-apa yg dieja sebelumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(135)
Peribahasa

Batang jangan dibongkar-bongkar,
     takutkan cacing di bawahnya berlingkar;
lain rotan lain akar,
     walaupun sama boleh dibuat lekar.

Bermaksud :

Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin.Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain,  atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°).Makna27.06.2009
Salam. Tuan, bolehkah berikan sebab mengapa penjodoh bilangan bagi tombak ialah batang, bukannya bilah. Dalam jawapan pihak tuan sebelum ini, konsistennya batang. Ramai di luar sana dan dalam kebanyakkan buku penjodoh bilangan yang mengatakan bilah sebagai penjodoh bilangan bagi tombak. Mohon jasa baik pihak tuan menjelaskan kekeliruan ini.Penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi tombak ialah batang. Hal ini disebab batang merujuk kepada penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah pula digunakan untuk penjodoh bilangan bagi benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang.Tatabahasa30.07.2015
Yang mana betul, "Gentian yang diperbuat dari batang kelapa sawit" atau "Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit"?

Saudara Nik Zanariah,

Yang betul ialah 'Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit'. Kata sendi 'dari' digunakan untuk masa dan tempat.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi.

Tatabahasa17.07.2009
Pak cik ramli sedang memaku ...... buluh yang telah dikerat-kerat untuk dijadikan titi..mana satu jawapan yang betul..batang, bilah, ruas...batang buluhTatabahasa15.08.2015
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu ? Adakah batang atau ruas?, atau kedua-dua boleh digunakan. Berdasarkan soalan latihan buku aktiviti murid Tahun 3, gambar menunjukkan gambar tebu yang dipotong sederhana pendek. Terima kasih...Batang dan ruas adalah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu tetapi penggunaannya perlu merujuk  konteks ayat. Batang bermaksud  bahagian pokok yang tumbuh daripada akar manakala ruas bermaksud bahagian di antara buku dengan buku seperti yang terdapat pada buluh, jari, tebu dan sebagainya. Berdasarkan soalan encik yang merujuk gambar tebu yang dipotong sederhana pendek maka penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah ruas tebu.Tatabahasa18.01.2018
Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Jika sebatang kayu dipotong mengeluarkan getah dipanggil getah pokok.. tetapi bagi batang yang mengeluarkan air apa yang harus kita panggil adakah jus batag pokok atau air batang pokok..Istilah yang sesuai ialah air batang pokok.Istilah06.05.2014
Apakah penjodoh bilangan untuk lilin?batang atau kaki?Penjodoh bilangan untuk "lilin" ialah "batang". (Lihat contoh ayat "sebatang lilin" dalam Kamus Inggeris Melayu-Dewan bagi perkataan "lighten" yang bermaksud "menerangi"). Terima kasih.Tatabahasa10.07.2014
salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai dengan paku? Batang atau bilah? Mengapa?Penjodoh bilangan untuk paku ialah batang.Lain-lain09.08.2010
Apakah penjodoh bilangan bagi jarum ? bentuk, bilah, pucuk, batang, manakah yang tepat atau keempat-empat pun boleh ?Penjodoh bilangan untuk jarum ialah batang. (sebatang jarum)Tatabahasa15.07.2014
Salam, benarkah ayat ini " Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api"? Sekian, terima kasih.Salam. Ayat "Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api" adalah betul.Tatabahasa02.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas