Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tas] | باتس

Definisi : 1. garis pinggir sesuatu bidang (daerah dll): sampai di sinilah ~ kebun saya; 2. permatang (sawah, tempat menanam): satu jenis orkid tidak boleh ditanam di atas ~; 3. had atau paras sesuatu yg paling tinggi, matlamat atau ketentuan (yg tidak boleh dilampaui): pekerjaan yg diberikan melewati ~ kemampuannya; 4. hingga, sampai: dr pinggir leher hingga ~ perut; ~ ban Kd tanah yg ditambak (tempat berjalan); berjalan sampai ke ~, belayar sampai ke pulau prb sesuatu usaha hendaklah kpd yg dimaksudkan;berbatas 1. mempunyai batas, mempunyai permatang: tanah yg belum ~ itu tidak dapat ditanami padi; ~ dgn berbataskan; 2. berhad, tersekat: kekuasaan yg tiada ~;berbatasan mempunyai batas (sempadan) yg sama: sawah saya ~ dgn sawahnya;berbataskan mempunyai sesuatu sbg batas: negeri itu di sebelah utara ~ laut;membatas menjadi (spt) batas (ceraian, sekatan, dll): sebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu;membatasi 1. membuat batas, memberi batas: sungai itu ~ taman; 2. mengantarai, memisahkan, menceraikan: tirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan; 3. mengehadkan, menyekat, merintangi: soal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masakmasak; 4. menghuraikan, (dgn tepat) memberi definisi: ~ makna kata maujud;terbatas terhad, tersekat, tidak luas: pengorbanan yg saya maksudkan bukan hanya ~ kpd harta benda sahaja;keterbatasan perihal (keadaan dsb) terbatas: dlm ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yg menarik perhatian saya; ~ ruang utk pelakon bergerak; ~ pengetahuan; ~ kefahaman orang awam;batasan 1. batas, sempadan; 2. sesuatu atau keadaan yg menyekat: dlm ~-~ yg ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yg membincangkan isu-isu ekonomi yg dianggap penting; 3. huraian makna sesuatu, definisi;perbatasan sempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan: pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-Selangor;pembatasan perihal (tindakan dsb) membatasi: ~ kelahiran anak telah mulai dijalankan di India;pembatas orang atau sesuatu (spt alat dll) yg membatasi: mereka tetap dlm kesukaan dan kegembiraan yg tidak mengenal ~ waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tas] | باتس

Definisi : 1 bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga sbg tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2 bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3 garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM100/- tiap-tiap bulan. batasan 1 batas; sempadan. 2 had; sekatan. berbatasan 1 ada atau mempunyai batasan. 2 mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batas

Puisi
 

Ambil buluh dibuat sasak,
     Nak dipagar batas bertenang;
Akulah hodoh bertambah sesak,
     Tak ada siapa yang nak kenang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(6)