Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.te.ri] | باتري

Definisi : dua sel atau lebih yg disusun secara bersiri atau selari utk menghasilkan daya gerak elektrik: ~ kereta; radio ini mempunyai enam ~; ~ kering bateri elektrik yg terdiri drpd dua atau lebih sel kering;berbateri mempunyai bateri, ada baterinya, menggunakan bateri: lampu picit ~ tiga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.te.ri] | باتري

Definisi : unit tentera yg dilengkapi dgn meriam dan kenderaan: satu trup ~ telah bergerak ke Pos Legap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.te.ri] | باتري

Definisi : alat yg dpt mengumpulkan serta mengeluarkan tenaga elektrik secara tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bateri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
storage batterybateri storanTeknikElektrikBateri yang terdiri daripada gabungan sel elektrolisis yang menghasilkan tenaga elektrik. Bateri jenis ini dapat dipulihkan semula setelah digunakan dengan mengalirkan arus elektrik mengikut arah yang berlawanan dengan arah arus nyahcas. Misalnya, bateri kereta. Sinonim bateri sekunder, penumpuk, bateri basah, bateri boleh imbuh.
421 testerpenguji bateri 421Kejuruteraan AutomotifTiadaPenguji bateri untuk menguji bateri dengan satu penutup, yang memberi masa nyahcas dan cas kepada bateri untuk menentukan keadaan bateri.
421 testerpenguji bateri 421Kejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenguji bateri untuk menguji bateri dengan satu penutup, yang memberi masa nyahcas dan cas kepada bateri untuk menentukan keadaan bateri.
acculumatorakumulatorFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanPeranti yang dapat mengumpul tenaga kimia dan yang dapat membebaskan tenaga itu semula ke dalam bentuk tenaga elektrik secara berbalik. bateri akumulator, bateri boleh cas semula, bateri penyimpanan, bateri sekunder.
primary batterybateri utamaTeknikElektrikBateri yang mengeluarkan tenaga elektrik daripada proses elektrokimia. D.g.e. bateri ini tidak boleh dipulihkan semula setelah habis digunakan. Misalnya, bateri kering. Sinonim bateri volta.
light-load testujian beban ringanKejuruteraan AutomotifTiadaUjian terhadap bateri dengan mengukur voltan di antara terminal bateri semasa bateri itu dikenakan beban ringan.
light-load testujian beban ringanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUjian terhadap bateri dengan mengukur voltan di antara terminal bateri semasa bateri itu dikenakan beban ringan.
batterybateriKimiaTiada1. Peranti elektrokimia yang menjana arus elektrik melalui penukaran tenaga kimia kepada tenaga elektrik. Komponen-komponen utama bateri terdiri daripada elektrod negatif dan positif, medium pemisah dan elektrolit. Terdapat empat jenis bateri yang utama, iaitu bateri primer tak trbalik yang terdiri daripada anod zink, katod grafit serta elektrolit ammonium klorida; bateri sekunder atau storan berbalik yang dapat dicas semula dan terdiri daripada anod plumbum, katod plumbum oksida dan elektrolit asid sulfirik, sel suria dan nuklear atau pengubah tenaga, dan sel bahan api. Lihat juga akumulator. 2. Dua atau lebih sel primer atau sel sekunder yang disusun secara bersiri atau selari, untuk menghasilkan daya gerak elektrik.
alkaline batterybateri alkaliTeknikElektrikBateri sekunder yang menggunakan alkali sebagai bahan elektrolitnya (bukan asid). Misalnya, bateri yang menggunakan natrium atau kalium hidroksida sebagai elektrolitnya dan kepingan nikel oksida dan serbuk besi sebagai platnya. Bateri alkali diperkenalkan oleh Edison, dan disebut juga sel Edison.
battery dischargerpenyahcas bateriTeknikElektrikPerintang boleh laras yang digunakan untuk menguji keadaan sesuatu bateri sama ada masih bertenaga atau tidak. Ini dilakukan dengan memintaskan kedua-dua punca bateri itu ke perintang, dan satu bacaan meter yang disambung sesiri dengan perintang akan menunjukkan sama ada bateri itu masih baik atau sudah lemah.
12345678910...

Kembali ke atas