Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ti/] | باتيق

Definisi : kain yg bercorak (dilukis atau ditera dgn lilin dan dicelup); ~ cap batik yg dicap (dicetak); ~ Kelantan batik yg dibuat di Kelantan; ~ Semarang a) batik buatan Semarang; b) prb janda yg lebih cantik drpd semasa gadis; ~ tulisan (suratan) batik yg ditulis (disurat) dan bukan dicap; ~ Yogya batik yg dibuat di Yogya; umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau prb makin lama makin bertambah baik;membatik membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu;batikan hasil membatik: anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;pembatikan 1. tempat membuat (perusahaan) batik; 2. cara membuat batik;pembatik pengusaha (pembuat) batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ti/] | باتيق

Definisi : sj kain yg beraneka warna coraknya yg dibuat dgn cara-cara tertentu spt dicap atau ditulis: ~ cap batik yg dibuat dgn alat cap; ~ tulis batik yg dibuat dgn tangan (bukan dgn alat cap). membatik membuat (corak) batik. pembatik orang yg membuat batik; pengusaha batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batik

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Laksana batik lasam.

Bermaksud :

Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah penggunaan yang betul: batik sutera atau sutera batik. Adakah perbezaan?Frasa yang betul ialah "sutera batik" kerana yang diterangkan ialah sutera (kain) dan yang menerangkannya ialah batik. Namun begitu frasa "batik sutera" banyak digunakan dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa19.09.2012
Nama-nama perniagaan berikut: Fauzi Batik, Noor Arfa Batik, dan Razali Batik dan Songket - betul atau salah? Kalau Batik Fauzi pula macam mana?Nama perniagaan tersebut salah kerana tidak mengikut hukum D-M. D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertamaEjaan09.08.2006
1)Cikgu Mastura memakai baju batik (ke)sekolah. 2)Cikgu Mastura memakai baju batik( pergi )sekolah. AYAT YANG MANA SATU BETUL?TERIMA KASIH.Ayat yang betul ialah Cikgu Mastura memakai baju batik ke sekolah atau Cikgu Mastura memakai baju batik untuk pergi ke sekolah.Tatabahasa17.10.2014
Soalan: Baiki kesalahan struktur ayat berikut supaya menjadi ayat yang betul. Ayat: Kamu di mana membeli baju batik itu? Jawapan mana yang lebih sesuai? 1)Di mana kamu membeli baju batik itu? 2)Kamu membeli baju batik itu di mana?Yang betul ialah Di mana kamu membeli baju batik itu?Tatabahasa08.05.2008
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya, apakah istilah sebetulnya bagi perkataan stamping batik? Adakah ia bermaksud mencetak batik? Ini kerana saya ada mencuba mencari perkataan tersebut di Carian Kata akan tetapi tidak dijumpai. Harap boleh membantu.Jawapan yang betul ialah mengecap batik. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=stamping&d=28648&#LIHATSINIIstilah16.12.2020
Baju batik itu cantik ______ murah harganya. A. tetapi B. dan boleh saya tahu yang mana jawapan paling tepat? A atau B?Jawapan yang sesuai ialah dan.  Tatabahasa27.10.2015
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Tatabahasa09.05.2013
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan Inggeris untuk 'mencanting batik', 'belalang rusa'? Terima kasih.Wsalam,
Perkataan "mencanting batik" dan "belalang rusa" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah kami. Mohon tuan hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03-92262506 untuk mendapatkan terjemahan yang tepat bagi istilah ini.
Penyemakan dan penterjemahan20.01.2015
1) Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap' dalam konteks pembuatan batik? 2) Perkataan manakah yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses?Untuk kefahaman yang asas, mengecap bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala menerap bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap. Jadi, perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses pembuatan batik ialah mengecapMakna17.11.2022
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? 1. Ini baju batik. 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. 4. Datuk saya sedang menternak itik.(menternak ialah satu perbuatan yang berlaku secara berterusan, adakah perkataan 'sedang' sesuai digunakan?) Untuk menggabungkan dua ayat tunggal yang berikut, ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau kaum India? atau ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? Perkataan kaum perlu ada dalam ayat majmuk? Sekian, terima kasih1. Ini baju batik. (Betul)
 
2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. (Betul)

3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. (Ayah saya memandu kereta ke tempat kerja.) -Betul

4. Datuk saya sedang menternak itik. (Boleh digunakan)

5.Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? 
 Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? 
ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? - Ayat ini betul. Perkataan kaum digugurkan.
Tatabahasa17.10.2012
123

Kembali ke atas