Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ti/] | باتيق

Definisi : kain yg bercorak (dilukis atau ditera dgn lilin dan dicelup); ~ cap batik yg dicap (dicetak); ~ Kelantan batik yg dibuat di Kelantan; ~ Semarang a) batik buatan Semarang; b) prb janda yg lebih cantik drpd semasa gadis; ~ tulisan (suratan) batik yg ditulis (disurat) dan bukan dicap; ~ Yogya batik yg dibuat di Yogya; umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau prb makin lama makin bertambah baik;membatik membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu;batikan hasil membatik: anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;pembatikan 1. tempat membuat (perusahaan) batik; 2. cara membuat batik;pembatik pengusaha (pembuat) batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ti/] | باتيق

Definisi : sj kain yg beraneka warna coraknya yg dibuat dgn cara-cara tertentu spt dicap atau ditulis: ~ cap batik yg dibuat dgn alat cap; ~ tulis batik yg dibuat dgn tangan (bukan dgn alat cap). membatik membuat (corak) batik. pembatik orang yg membuat batik; pengusaha batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batik

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Laksana batik lasam.

Bermaksud :

Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
batikbatikKesenianHiasan DalamanCorak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan berwarna. Pada peringkat awal, corak ini hanya berbentuk titik dan motif, tetapi kini corak batik sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Ada juga batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan dicelup warna, sebaliknya hanya menggunakan stensil atau skrin sahaja.
corak batik maracorak batik maraKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif daun atau bunga, terdapat pada batik ela. Ia mengambil sempena penubuhan Pusat Pertukangan Tangan Mara.
batikbatikKesenianTiada1. Corak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan dengan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan warna. Pada peringkat awal dahulu, corak ini bermula dengan bentuk titik, tetapi lama-kelamaan telah berubah dari segi coraknya, malah kini, dari segi tekniknya, terdapat batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan celup warna lagi, iaitu hanya menggunakan stensil atau skrin.
corak solocorak soloKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga atau daun tumbuhan, terdapat pada batik sarung atau batik lepas.
pucuk rebungpucuk rebungKesenianTiada1. Motif batik berunsur tumbuhan berbentuk pucuk rebung, lazimnya terdapat pada kepala kain batik sarung atau batik lepas.
corak belah ketupatcorak belah ketupatKesenianTiadaCorak batik berunsur geometri bermotif segi empat dibelah serong, terdapat pada batik sarung atau batik lepas.
bunga kekekbunga kekekKesenianTiadaCorak batik berunsur geometri berbentuk retin dipadankan dengan bentuk ikan kekek, lazimnya terdapat pada batik ela atau batik lepas.
ayam den lapehayam den lapehKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga atau daun tanpa rintik, terdapat pada batik sarung atau batik lepas.
bunga sirik rabungbunga sirik rabungKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk sirik rabung, lazimnya diletakkan di bahagian tepi kain dan sebagai pengapit kepala batik sarung atau batik lepas.
lasamlasamKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan atau geometri berbentuk daun dan buah-buahan, berwarna kekuningan, putih dan biru dan kadangkala diselitkan warna merah, lazimnya terdapat pada batik sarung atau batik lepas. Laksam
123456

Kembali ke atas