Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tuan] | باتوان

Definisi : (Geo) gumpalan atau ketulan bahan galian, spt arang batu, batu kapur, granit, dll yg membentuk sebahagian drpd kerak bumi; ~ enapan batuan yg terbentuk drpd pengumpulan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tuan] | باتوان

Definisi : ist ketulan atau gumpalan bahan galian spt arang batu, batu kapur, granit yg membentuk bahagian kerak bumi yg keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, batuan perkataan jawi untuk :WISMA CDO terima kasih

ويسما  سي  دي   او

Lain-lain02.07.2019
Bayo Paragat Jun 3rd, 8:24pm assalamualaikum,,maaf saya minta batuan keipada,, dakah ksemipatan keja untuk ku seorang sarjana dari Indonesia di Negri andaWaalaikumussalam. Tuan boleh mengisi borang jawatan kosong melalui laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia). Moga ia membantu.Lain-lain03.06.2014
terdapat perkataan Lineament (english) dalam term geologi yang bermaksud sesar atau garisan pada batuan. Mohon bantuan untuk digunakan dalam BM perkataan "lineament" itu sendiri.Dalam bidang Geologi, istilah bahasa Melayu untuk "lineament" ialah lineamen.Istilah19.07.2013
Mohon padanan kata untuk "stone wool" Definisi daripada laman web = Stone wool or Rock wool is a spun mineral fibre used as an insulation product and in hydroponics. T.Kasih.Istilah bahasa Melayu untuk rock wool ialah wul batuan.Istilah06.04.2011
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang tepat bagi 1. OUTLIERS, dan 2. FORECASTING PERFORMANCE OF CASCADE FORWARD BACK PROPAGATION NEURAL NETWORK FOR DATA WITH OUTLIERS? Terima kasih.

1.  Padanan istilah untuk outlier mengikut bidang ialah unsur luaran; batuan terasing (Geografi), letakan luar; batuan terasing (Geologi), dan pesisih (Kependudukan),

2.  Mohon tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak.

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.03.2017
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan pillarPillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar&d=1
Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL?Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb).Makna13.08.2008
Assalamualaikum, saya ingin membuat pertanyaan untuk bertanyakan apakah terjemahan yang tepat untuk "land disturbing activitiy means any project development that is subject to Section 34A Environmental Quality Act 1974 that involves activities such as clearing of trees or vegetation, excavating, raising or sloping of ground, trenching, grading and blasting" saya mengunakan terjemahan seperti berikut: "aktiviti gangguan tanah," merujuk kepada sebarang projek pembangunan yang tertakluk kepada Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 seperti penebangan pokok atau tumbuhan, memindahkan tanah, bahan batuan atau bahan-bahan lain, perubahan kepada ketinggian dan kecerunan tanah, penggalian, kerja-kerja melibatkan perubahan kecerunan dan letupan"Ayat yang lebih sesuai bagi terjemahan yang diberikan ialah "Aktiviti gangguan tanah merujuk sebarang projek pembangunan yang tertakluk bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan aktiviti seperti penebangan pokok atau tumbuh-tumbuhan, penggalian, menaikkan atau mencerunkan tanah, parit, penggredan dan letupan."Makna26.07.2023
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang paling sesuai untuk perkataan BI "Pillar"? Rukun, Prinsip, Teras atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Pillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari 
Makna01.06.2017
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukunSelain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat.

Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa02.07.2013
12

Kembali ke atas