Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bau.car] | باوچر

Definisi : 1. dokumen yg menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dll yg telah diterima: semua perbelanjaan runcit hendaklah dibuat melalui buku, dan pembayaran hendaklah disokong oleh ~ ataupun resit; 2. dokumen yg boleh ditukarkan dgn barang-barang atau perkhidmatan tertentu; ~ hadiah; ~ diskaun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau.car] | باوچر

Definisi : 1 surat tanda pembayaran wang. 2 kepingan kertas kecil yg melayakkan pemiliknya mendapat potongan harga atau boleh ditukar dgn barangan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baucar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terma yang betul bagi menggantikan perkataan 'voucher'? Adakah baucar, kupon atau kod promosi? Istilah baucar kebiasaanya lebih merujuk kepada baucar bayaran dan macam kurang sesuai digunakan untuk diskaun seperti baucar shopee (shopee voucher). Mohon pandangan.

Baucar juga bermaksud dokumen yang boleh ditukarkan dengan barang-barang atau perkhidmatan  tertentu; baucar hadiah; baucar diskaun (Kamus Dewan Perdana). Baucar boleh digunakan untuk merujuk kepada pemberian diskaun.

Lain-lain25.02.2022
Salam sejahtera. Saya telah menerima baucar pembayaran DBP dan belum saya tunaikan sehingga kini atas faktor kelewatan baucar tersebut sampai ke tangan saya. Butiran baucar tersebut adalah seperti berikut: NO. BAUCAR- 0001008/09 TARIKH- 16.06/2009 NO.CEK- 035718 BUTIRAN BAYARAN- Honorarium WBS pada 6/5/2009- PUISI:INDAHNYA ALUNAN ITU. Soalan,adakah masih ada peluang untuk saya menunaikan baucar tersebut sedangkan tempoh sah laku cek yang sudah lama tamat?Jika ada,bagaimana?

Salam sejahtera,

Puan diminta untuk mengembalikan baucar tersebut ke Unit Bayaran, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP  untuk disemak dan diperbaharui.

Sekian, harap maklum.

Lain-lain07.10.2010
EJAAN MANA YANG BETUL : BAUCER ATAU BAUCARYang betul ialah baucar.Ejaan04.12.2007
Adakah perkataan "baucer" dan "baucar" digunakan secara berlainan? Apa perbezaannya?Ejaan yang betul ialah baucar.Ejaan10.05.2013
Apakah perbezaan maksud di antara 'baucer' dengan 'baucar'?Ejaan yang betul ialah baucar.Ejaan22.02.2013
Salam sejahtera, kami ingin bertanya soalan mengenai tatabahasa dan pengunaan bahasa mengenai ayat-ayat di bawah: a) Raikan Kegemilangan b) Semarakkan Perpaduan, Raikan Kemenangan c) Baucar Minyak Percuma Satu Tahun -Untuk penggunaan ayat "Baucar Minyak Percuma" kami juga akan menyediakan dokumen untuk membuktikan bahawa kami akan memberi "Baucar Minyak percuma" kepada pelanggan yang memenangi kempen ini dengan terma dan syarat Ayat-ayat ini adalah untuk kempen merdeka Petronas Dagangan Berhad yang akan berlangsung 15 Julai – 16 September 2023 untuk mengajak pelanggan sertai pertandingan iniAyat yang diberikan adalah betul.Lain-lain13.06.2023
apakah padanan yang tepat bagi perkataan "paysheet". Sama ada perkataan "paysheet" boleh diterjemahkan sebagai "Penyata Gaji" atau "Baucar Gaji"Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

paysheet - baucar gaji

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain12.08.2021
Saya telah merujuk Koleksi Lembar Bahasa 1/2007, perkataan "Baucer" dikatakan ejaannya salah yang sepatutnya "Baucar". Namun demikian, apabila "carian kata" DBP disemak, perkataan "Baucer" masih diterima pakai. Yang mana satu betul?Ejaan yang betul ialah baucar yang bermaksud dokumen yg menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dll yg telah diterima.Ejaan10.05.2013
Apakah perkataan 'voucher' dalam Bahasa Melayu?Istilah yang betul ialah baucarIstilah13.01.2009
pihak kami akan menghantar Discharge voucher kepada pihak tuan selepas ditandatangani oleh klien kamiDischarge voucher bermaksud baucar pembayaran. Penggunaannya bergantung kepada kesesuaian konteks dan situasi ayat.Lain-lain03.10.2010
12

Kembali ke atas