Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[baur] | باءور

Definisi : campur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[baur] | باءور

Definisi : batang dll (yg melentik pd suatu alat), tangkai; ~ anggah = ~ kail = ~ taut tangkai kail, joran; ~ panah kayu (buluh) tempat merentangkan tali panah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[baur] | باءور

Definisi : ark sj pedang kebesaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[baur] | باءور

Definisi : ; berbaur 1 bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2 bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3 hidup sbg suami isteri; berkahwin. membaurkan 1 menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2 membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. bauran apa-apa yg berbaur; campuran. perbauran keadaan atau hal berbaur; percampuran. pembauran hal atau proses membaurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baur


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
capaian mel rahsia terperingkat (PEM) mod rambang model keselamatan Bell-La Padula penghantar dan penerima e-mel dipastikan dengan penggunaan tandatangan digital. mod rambang (Ig. promiscuous mode; Br. mod campur baur; Id. ragam apa saja) Keadaan pada antara muka rangkaian yang membolehkannya menerima semua paket data yang dalam rangkaiannya termasuk paket data yang tidak ditujukan kepadanya. model Bell-La Padula (Ig

Kembali ke atas