Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wah] | باوه

Definisi : 1 arah atau bahagian yg lebih rendah; lw atas: bibir ~. 2 kurang drpd: Kanak-kanak berumur ~ lima tahun tidak dikenakan tiket. ~ angin sebutan utk negeri-negeri di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. ~ rumah ruang di antara lantai rumah dgn tanah. ~ sedar endapan perasaan hati yg tidak disedari kewujudannya. ~ tanah a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). bawahan 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. pembawah angka pd sesuatu angka pecahan yg di sebelah bawah: Dlm angka pecahan , angka empat disebut ~. di bawah 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. ke bawah ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. mengebawahkan meletakkan atau membawa ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tanya berkenaan penggunaan kata 'di bawah' dan 'dibawah'. Bagi penggunaan 'di bawah', saya yakin ianya bagi menunjukkan arah atau tempat, contohnya: Kucing itu berada 'di bawah' meja. Tetapi bagaimana dengan penggunaannya untuk ayat yang bukan merujuk kepada lokasi? Contoh: Tindakan tersebut berada (dibawah / di bawah / bawah) tanggungjawab saya.Ejaan yang betul ialah di bawah kerana menunjukkan kata arah.Tatabahasa15.05.2020
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (bawah/di bawah) Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan (bawah/di bawah) pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan (bawah/di bawah) arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton (bawah/di bawah) bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut (bawah/di bawah) pujukan kawannya. 6. (Salah satu/Salah satu daripada) faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang (pada/kepada) prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya.

Berikut merupakan ayat-ayat yang betul:



1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan.

2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan bawah pasukan tentera Jepun ke-25.

3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara.

4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton bawah bimbingan jurulatihnya.

5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut setelah dipujuk oleh kawannya.

6. Salah satu daripada faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang pada prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya

Tatabahasa22.09.2021
"Majlis itu dilaksanakan di bawah SOP" atau "Majlis itu dilaksanakan bawah SOP." Umum kita tahu di menyatakan kedudukan fizikal dan bukan abstrak. Bagaimana pula dengan frasa "di bawah Kementerian"?Dalam konteks  di bawah kementerian, perkataan kementerian ialah kata nama institusi konkrit yang wujud secara fizikal. Contoh lain seperti di bawah jabatan, di bawah fakulti, di bawah seksyen, di bawah batalion dan lain-lain.Tatabahasa23.09.2020
Mohon pandangan berkaitan tajuk seperti di bawah: PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 Penggunaan di Bawah Akta atau Bawah Akta sahajaPenggunaan bahasa yang betul ialah PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977.Tatabahasa31.12.2020
"Di bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa..." atau "Bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa..."? Benarkah tatabahasa 'di bawah" atau patutkah saya menggunakan 'bawah' sahaja?Ayat yang betul ialah “Di bawah tuduhan pertama, OKT telah didakwa ...”Tatabahasa04.12.2023
Murid-murid berhimpun di bawah/ di hadapan pentas. Adakah perkataan di bawah sesuai digunakan? Adakah ayat membawa maksud yang sama Jika di bawah dan di hadapan digunakan?Murid-murid berhimpun di hadapan pentas. Frasa di bawah secara fizikalnya sesuatu itu berada di bawah objek yang dinyatakan seperti baldi di bawah meja.Tatabahasa30.10.2018
Manakah penggunaan yang betul? 'di bawah umur' atau 'bawah umur'?Penggunaan yang betul ialah "bawah umur".Tatabahasa24.12.2020
Assalamualaikum. Apakah penggunaan yang betul, "di bawah akta" atau "bawah akta"? Terima kasihPenggunaan yang betul ialah "bawah akta"Tatabahasa31.10.2017
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :)

Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.

Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu:
1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah
2. Kedudukan di dalam Mahkamah
3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas

Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas.

Tatabahasa19.11.2021
Salam, Soalan saya berdasarkan pernyataan di bawah. "Maklumat di bawah menunjukkan bacaan suhu termometer bagi setiap selang masa 1 minit." Adakah penggunaan "setiap selang masa" di atas betul? Terima kasih.Ayat di atas betul. Puan juga boleh menggunakan ayat berikut "Maklumat di bawah menunjukkan bacaan suhu termometer bagi selang masa 1 minit".Tatabahasa08.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas