Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wah] | باوه

Definisi : 1 arah atau bahagian yg lebih rendah; lw atas: bibir ~. 2 kurang drpd: Kanak-kanak berumur ~ lima tahun tidak dikenakan tiket. ~ angin sebutan utk negeri-negeri di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. ~ rumah ruang di antara lantai rumah dgn tanah. ~ sedar endapan perasaan hati yg tidak disedari kewujudannya. ~ tanah a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). bawahan 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. pembawah angka pd sesuatu angka pecahan yg di sebelah bawah: Dlm angka pecahan , angka empat disebut ~. di bawah 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. ke bawah ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. mengebawahkan meletakkan atau membawa ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
substratumstrata bawahstratum bawah, strata bawahstratum bawah, strata bawahLinguistik
unconcious conjecturerambang bawah sedar/ ajukan bawah sedarrambang bawah sedar/ajukan bawah sedarrambang bawah sedar/ ajukan bawah sedarKesusasteraan
lower working classkelompok pekerja bawah, kelas pekerja bawahkelompok pekerja bawah, kelas pekerja bawahkelompok pekerja bawah, kelas pekerja bawahLinguistik
lower middle classkelompok menengah bawah, kelas menengah bawahkelompok menengah bawah, kelas menengah bawahkelompok menengah bawah, kelas menengah bawahLinguistik
subirrigationirigasi bawah tanah / pengairan bawah tanahpengairan bawah tanahpengairan bawah tanahPertanian
under parbawah parbawah parbawah parSukan
underflowlimpah bawahlimpah bawahlimpah bawahTeknologi Maklumat
underflowaliran bawahaliran bawahaliran bawahKejuruteraan
undercutpotong bawahpotong bawahmakan bawahKejuruteraan
undercutpotong bawahpotong bawahmakan bawahKejuruteraan
12345678910...

Kembali ke atas