Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'basement' boleh digunakan selain daripada diguna sebagai 'bawah tanah'? Sebagai contoh: Aras Basement bukannya Aras Bawah Tanah.Padanan basement dalam bahasa Melayu ialah aras bawah tanah.Tatabahasa22.07.2014
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk 'SUBWAY', sejenis pengangkutan?Subway diterjemahkan kepada kereta api bawah tanah atau laluan bawah tanah.Penyemakan dan penterjemahan28.12.2015
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih.Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah.Tatabahasa30.05.2013
perkataan seerti "basemen"Ejaan yang betul ialah "basement" yang bermaksud tingkat bawah tanah.Ejaan09.12.2007
Adakah dibolehkan penggunaan perkataan inggeris yang dimelayukan seperti Ekplorasi dan Kompetensi, contoh: Eksplorasi Air Bawah Tanah; kompetensi pegawai. Terima kasih.Perkataan “eksplorasi” dan “kompetensi” telah terakam sebagai entri dalam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat;  oleh itu, boleh digunakan.Istilah28.06.2018
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai maksud "overground" seperti yang terdapat dalam London Overground. Jika "underground" bermaksud 'kereta api bawah tanah', jadi apakah maksud bagi perkataan "overground" pula?Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "overground". Berdasarkan rujukan dalam Internet, "overground" merujuk rangkaian kereta api di pinggir bandar.Istilah07.12.2016
1. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'daripada' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Kurang 'daripada' tiga peratus 'daripada' air mentah yang wujud di muka bumi boleh didapati di tasik dan sungai manakala lebih 97 peratus adalah 'daripada' air bawah tanah. 2. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'dari' dan 'diperoleh' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Sumber air mentah di negara kita kebanyakannya 'diperoleh' 'dari' sungai, empangan dan air bawah tanah. Semoga saya mendapatkan bantuan segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih atas respon yang diberikan.Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuat benda, dan perbezaan atau perbandingan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 269 untuk keterangan lanjut. Daripada contoh di atas penggunaan yang betul ialah "daripada" kecuali perkataan "diperoleh dari" sepatutnya "diperoleh daripada" kerana menunjukkan sumber.Tatabahasa08.01.2010
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "dogfighting ring" dan acara "dogfighting" itu sendiri, yang kebiasaannya menjalankan aktiviti berjudi atas pertarungan antara anjing-anjing secara haram (bawah tanah). Terima kasih.Padanan bagi istilah dogfighting ialah laga anjing dan gelanggang laga anjing bagi istilah dogfighting ring.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.08.2022
Salam... Saya ingin kepastian mana yang betul ejaannya, PEMBENTUNG ATAU PEMBETUNGEjaan yang betul ialah pembetung, iaitu saluran atau parit daripada konkrit dan lain-lain bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api.Ejaan10.11.2009
Saya merujuk kepada struktur mata manusia. Pada Kornea terdapat lapisan dikenali sebagai 'basement membrane'. Apakah terjemahan yang paling tepat bagi basement membrane. Ia merupakan suatu lapisan membran bukannya berada di bawah tanah (berdasarkan terjemahan basement). Bolehkan dicadangkan terjemahannya sebagai membran dasar?Padanan basement membrane ialah membran dasar.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
12345

Kembali ke atas