Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
surveysurveiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah tinjauan secara sistematik ke atas permukaan tanah, bawah tanah, bawah air dan udara untuk mengesan tapak arkeologi. Survei merupakan tahap awal dan penyelidikan arkeologi. Survei permukaan tanah antaranya melibatkan proses berjalan kaki. Survei bawah tanah melibatkan alat bantuan seperti penggemaan. Survei bawah air menggunakan kaedah menyelam manakala survei udara menggunakan pendekatan foto udara dan penginderiaan jarak jauh. Tujuan survei adalah untuk menentukan potensi sesebuah tapak.
undercroftkebuk bawah tanahKesenianSeni BinaRuang atau bilik yang dibina di bawah tanah untuk dijadikan sebagai tempat penyimpanan. Ruang seperti ini banyak dibina semasa Zaman Pertengahan, contohnya Myres Castle di Scotland yang dibina pada tahun 1300. Pada masa kini, kebuk bawah tanah dibina di bangunan-bangunan untuk pelbagai tujuan seperti tempat meletakkan kenderaan.
underground cellbilik kurungan bawah tanah; unit bawah tanahSejarahTiadaTiada
cellarbilik bawah tanahKesenianHiasan DalamanRuang yang terletak di aras bawah tanah sesebuah rumah atau bangunan. Ruang ini dikelilingi oleh dinding asas, sesuai dijadikan sebagai stor barang dan tempat penyimpanan minuman keras kerana mempunyai suhu yang sekata sepanjang tahun. Di negara Barat, bilik ini digunakan sebagai tempat perlindungan semasa Perang Dunia Kedua dan ketika terjadinya taufan besar. Bilik bawah tanah lebih popular pada rumah lama berbanding dengan rumah masa kini.
catacombkubur bawah tanahSejarahTiadaPerkuburan bawah tanah yang berlorong dan berserambi seperti yang terdapat dalam zaman Rome kuno.
crypt/cryptakriptaKesenianSeni Bina1. Bilik atau ruang kekubah besar di bawah tanah atau separa bawah tanah di bawah lantai utama gereja yang digunakan sebagai tempat pengebumian. 2. Ruang kekubah yang panjang dan sempit di bawah paras tanah atau atau separa bawah tanah di bawah bangunan untuk menyimpan bijirin. 3. Ruang yang panjang dan sempit yang digunakan sebagai tempat laluan bertingkap yang bersambung dengan rumah dalam seni bina Rom.
dungeonkurungan bawah tanahSejarahTiadaTempat kurungan yang dibina di bawah tanah untuk menahan pesalah atau tahanan perang.
subwayjalan bawah tanahPelanconganTiadaJalan atau laluan (kereta api) yang dibina di bawah tanah.
underground parkingmedan kereta bawah tanahKejuruteraan AutomotifTiadaKemudahan tempat letak kereta yang dibina di bawah tanah.
underground runoff (seepage)larian bawah tanah (resipan)PertanianTiadaAir yang meresap di bawah tanah, iaitu mengalir dengan perlahan, ke arah alur-alur sungai selepas penyusupan melalui permukaan tanah.
12345678910...

Kembali ke atas