Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut yg agak lebar badannya; ~ hitam = ~ kedewas sj ikan laut, Parastromateus niger; ~ putih = ~ cermin sj ikan laut, Pampus argentues;~ tambak sj ikan laut, Pampus chinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawal I

Puisi
 

Ikan bawal berenang petang,
     Beli ikan di tepi dewan;
Hendak kucuba di medan perang,
     Segala musuh hendak ditawan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata 'dan'. Ayat mana satu betul. 1)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Ayat yang betul - 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Tatabahasa07.08.2008
Mana satukah ayat yang betul? 1a. “Saya makan buah epal” atau 1b. “Saya makan epal”. Perlukah perkataan buah hadir di hadapan epal? 1b. “Ibu menggoreng ikan bawal” atau 1b. “Ibu menggoreng bawal” Perlukah perkataan ikan hadir di hadapan jenis ikan tersebut?Kedua-dua bentuk ayat contoh yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan.  Walaupun begitu untuk kaedah pembelajaran, ayat yang pertama, "Saya makan buah epal." dan "Ibu menggoreng ikan bawal." lebih tepat untuk digunakan.Tatabahasa22.04.2021
Assalam, saya inginkan pencerahan. Apakah jawapan untuk bentuk ikan bawal? A) leper B) bujur C) lonjong D) tirus Terima kasihUntuk makluman puan, jika ikan tersebut dilihat dari arah hadapan, ia berbentuk bujur. Kalau ikan tersebut dibaringkan, dari arah tepi ikan tersebut akan kelihatan leper.Lain-lain26.10.2018
Fuadah Zainal Abidin TUES 11:18 Assalamualaikum saya mencari siri BAWAL terbitan D terbitan DBP di mana saya boleh dapatkan siri tersebut?Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain24.01.2017

Kembali ke atas