Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yam] | بايم

Definisi : sj tumbuhan (herba) yg dibuat sayur; ~ duri sj tumbuhan (herba), Amaranthus spinosus; ~ putih sj tumbuhan (herba), Amaranthus viridis; ~ selasih sj tumbuhan (herba), Amaranthus gangeticus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yam] | بايم

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg boleh dibuat sayur. ~ merah bayam yg batang dan urat daunnya berwarna merah, Amaranthus gangeticus. ~ putih bayam yg batang dan urat daunnya berwarna putih, Amaranthus viridis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayam

Puisi
 

Habis bayam disusur babi,
     Banyak mati terkena damak;
Ayam jangan bebaskan diri,
     Biawak tunggu di tepi semak.


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Farisha _____ sayur bayam itu sehingga bersih. Adakah jawapan mencuci / membilas atau membasuhPuan Farisha mencuci/membasuh sayur bayam itu sehingga bersih.Tatabahasa13.07.2016
bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih.

 Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 

 ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa11.08.2009
Yang mana jawapan paling sesuai? Emak membeli empat______petai dan se______ bayam di pasar. a) ikat....ikat b) papan....ikat C) ikat.....cekak d) papan.......cekakJawapan yang sesuai untuk soalan tersebut ialah:
b) papan...ikat
d) papan...cekak
Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya, manakala seikat ialah penjodoh bilangan.
Tatabahasa12.03.2013
Assalamualaikum. Merujuk kepada yang berikut: Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Adakah 'dan lain-lain' juga termasuk dalam kategori aposisi yang disebut di atas? Adakah tanda koma perlu diletakkan di hadapan 'dan lain-lain'? Sekian, terima kasih.Wassalam. "dan lain-lain" juga termasuk dalam fungsi tanda koma mengapit aposisi seperti "dan sebagainya", "dan yang lain", dan seumpamanya.Lain-lain18.11.2019
Tuan, sekarang didapati kebanyakan surat menyurat telah tidak lagi menggunakan tanda koma (,) dan noktah (.) di dalam alamat surat menyurat. Contohnya: Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu Aras 6 Wisma Persekutuan Jalan Bayam 16100 Kota Bharu Apa yang saya belajar dahulu, apabila di setiap hujung lamat yang kita taip mesti dimasukkan tanda koma dan noktah. Apakah pendirian DBP sekarang? mana yang betul dan mana yang sebaliknya? Terima kasih.Dari aspek bahasa penggunaan tanda koma dan noktah dalam alamat surat dikekalkan. Walau bagaimanpun Pos Malaysia tidak menggunakan tanda tersebut kerana alamat surat-menyurat ditulis dalam baris-baris berbeza. Cadangan kami, jika tuan mengekalkan tanda tersebut, penggunaannya harus lengkap (ada koma dan noktah) dan tekal pada semua alamat.Lain-lain22.04.2012
Saya mempunyai beberapa soalan.Pertama sekali, saya ingin tanya boleh tak guna ayat ''kata-kata aluan'' atau ''kata alu-aluan'' . Boleh tak kalau saya nak minta buku-buku terkini dari dewan bahasa kerana saya masih tidak mahir banyak lagi mengenai tatabahasa dengan terperinci.Ini alamat saya: Lot 289, Kampung Guchil Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.Yang betul ialah kata alu-aluan. Bagi mendalami pengetahuan tentang tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa29.07.2008
Bagaimanakah tanda koma (,) digunakan dalam ayat yang mempunyai kata hubung dan?Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya.Lain-lain29.09.2016
Mohon pencerahan.. 1.Ampun, tuanku. Patik menjunjung kasih. 2. Baiklah, tuanku.Patik menjunjung kasih. Ayat pertama atau ayat kedua yang betul?@ kedua2 diterima sebagai jawapan.. 3.Penggunaan tanda baca koma. Dalam buku teks bm tahun 6 sjkc, ms 82. Penggunaan koma pada setiap perktaan yg terdiri daripada kategori yg sama perlu dibubuh koma. Contoh ayat, emak menjual sayur kangkung, bayam, sawi, dan terung. Tetapi Jika dlam buku teks tahun 6 ayat jati diri, kewarganegaraan, dan patriotisme. Namun, dalam ms 83 ayat yang sama, tanda koma tidak di bubuh..Mohon pihak DBP semak akan hal ini agar tidak menimbulkan kekeliruan semasa menyampaikan Pdp..Terima kasih..Selamat petang.

1. Ayat 1 dan 2 betul.
2. Penggunaan tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah unsur-unsur kata dan frasa yang berlarutan. Oleh itu, sepatutnya tiada tanda koma pada frasa tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.08.2016
Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca koma ( , ) sebelum perkataan 'dan'. Terkini, benarkah tanda koma tidak perlu digunakan dalam sebarang keadaan dalam ayat sebelum perkataan 'dan'? Rakan saya memaklumkan kepada saya bahawa sebelum ini ada situasi yang boleh menggunakan tanda koma sebelum 'dan', tetapi yang terkini tidak perlu lagi.

Penggunaan tanda koma (,) sebelum “dan” lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Tanda koma (,) sebelum “dan” biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori yang berbeza. Contoh 1: Emak ke kedai membeli ikan, beras, dan surat khabar. Contoh 2: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis.   Dalam ayat Contoh 2, penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" kerana “sawi “dan “kubis” dalam kategori yang sama, iaitu kelompok sayur.

 

Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Tatabahasa19.09.2018
Selamat sejahtera,saya ingin mengemukakan sebuah solan yang berkaitan dengan tanda baca. 1.Kita perlukah tanda baca (,) sebelum pekataan"dan"?Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar.Tatabahasa05.05.2013
12

Kembali ke atas