Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang-bayang

Puisi
 

Kain batik merah mirap,
     Palembang anak Raja Bayang;
Nampak adik darah tersirap,
     Badan bak rasa bayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
shadown 1. shade cast by a body intercepting light, a. bayang-bayang: the ~ of the building was growing longer, bayang-bayang bangunan itu semakin panjang; the boy followed him everywhere like a ~, budak lelaki itu mengekorinya ke mana-mana spt bayang-bayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tricka ~ of the light, bayang-bayang cahaya: a mirage is a ~ of the light, logamaya ialah bayang-bayang cahaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spectre 2. frightening mental image of st menacing, bayang-bayang yg mengerikan: the ~ of unemployment loomed over the country, bayang-bayang penggangguran yg mengerikan menyelubungi negeri itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shadingn 1. (process), (proses) membuat bayang-bayang: the ~ has all been done in a darker pencil, membuat bayang-bayang semuanya dilakukan dgn pensel yg lebih hitam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shadow 3. dark patch, bayang-bayang hitam, kehitaman: this eye gel could help to reduce the ~s under your eyes, gel mata ini dapat mengurangkan bayang-bayang hitam di bawah mata saudari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shade ~ in st, /membuat bayang-bayang pd, menggelapkan/ sst: ~ in the background, gelapkan latar belakangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shading 2. (result) bayang-bayang, bahagian yg digelapkan: the ~ indicates the additions, bahagian-bahagian yg digelapkan menunjukkan tambahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shade 3. darken part (of drawing etc) membuat bayang-bayang, menggelapkan: the sides of the face need to be ~d a little more, bahagian tepi muka perlu digelapkan sedikit lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
streak evening shadows ~ed the lawn, halaman berumput itu menjadi berjalur oleh bayang-bayang waktu senja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
waveringadj 1. moving unsteadily, meliang-liuk: ~ shadows, bayang-bayang yg meliang-liuk; the ~ candle flames, api lilin yg meliang-liuk; 2. (of voice) terketar-ketar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas