Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang
pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai
wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh
menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo.
Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa-
dewa menghukum Narcissus supaya merenung
ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam
kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari
dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan
kasih pada bayangannya sehingga dia semakin
kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar
untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai
sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus.
Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap
Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara
di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat
dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita
dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid.