Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang-bayang

Puisi
 

Kain batik merah mirap,
     Palembang anak Raja Bayang;
Nampak adik darah tersirap,
     Badan bak rasa bayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
soft lightcahaya lembutKomunikasiTiadaLimpahan cahaya remang atau redup dengan bayang-bayang minimum yang terhasil daripada sumber cahaya yang dipancarkan melalui gel atau pembaur.
bendaybendaiKesenianTiadaProses cetak menggunakan saring corak bintik untuk mendapatkan kesan bayang-bayang.
reflectorpemantulKomunikasiTiadaAlat yang digunakan untuk memantulkan unsur-unsur cahaya supaya tidak menghasilkan bayang-bayang yang tidak diingini.
contras lighting (film)pencahayaan senjangKomunikasiTiadaPencahayaan yang terang dan keras sehingga menimbulkan kesan bayang-bayang yang jelas pada objek.
cirrocumulussirokumulusMeteorologiMeteorologi PerhubunganGenus awan yang tampak nipis, berbentuk tompokan kecil putih tanpa bayang-bayang. Kumulus terdiri daripada unsur-unsur yang sangat kecil seperti bentuk butiran atau riak. Unsur-unsur tersebut mungkin bersatu atau terpisah dan agak teratur; meliputi sudut kurang daripada 1� jika diamati pada sudut lebih daripada 30� di atas ufuk. Lubang atau celahan sering terjadi pada lembar sirokumulus. Sirokumulus terbentuk daripada titis-titis air yang sangat adisejuk, atau daripada hablur ais kecil atau campuran kedua-duanya; titis-titis tersebut biasanya cepat berubah menjadi hablur ais. Kadang-kadang kelihatan 'korona' atau 'selaput pelangi' atau Mamma. Virga kecil mungkin turun. Khususnya daripada sirokumulus, kastelanus dan flakus. Singkatan Cc.
full lightcahaya pemenuhKomunikasiTiadaCahaya tambahan yang diletakkan berhadapan dengan cahaya utama bagi mengurangkan bayang-bayang yang dibuat oleh cahaya utama. Kesan ini lazimnya dibuat dengan menggunakan cahaya limpah.
basherlampu kecilKomunikasiTiadaLampu yang digunakan untuk menyinari bahagian-bahagian objek yang terlindung oleh bayang-bayang hasil daripada penggunaan lampu-lampu utama. Lampu ini terdiri daripada empat jenis lampu yang berfungsi sebagai lampu pemenuh.
shadowgraphgraf bayangKesenianTiadaImej fotografi yang menyerupai bayang-bayang, seperti imej sinar x.
cutout silhouttelukisan bayangKesenianTiadaLukisan yang menyerupai bentuk bayang-bayang kerana isiannya digelapkan.
12345678910...

Kembali ke atas