Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ya.ran] | بايرن

Definisi : 1. (wang) yg dibayar: mereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; 2. (orang) yg dibayar: serdadu ~;3. gaji, upah, biaya: pd akhir bulan kami menerima ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ya.ran] | بايرن

Definisi : 1 wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2 wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul: - sila buat bayaran /sila buat pembayaran - bayaran yang diterima... / pembayaran yang diterima... - kami tidak menerima sebarang bayaran daripada anda / kami tidak menerima sebarang pembayaran daripada anda - bayaran yang dibuat gagal / pembayaran yang dibuat gagalKedua-dua frasa tersebut betul dan boleh digunakan. Bayaran bermaksud wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan:  manakkala "pembayaran"perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; Tatabahasa13.10.2017
kegagalan penjelasan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk penjelasan bayaran balik pinjaman?Ayat yang betul ialah kegagalan menjelaskan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk menjelaskan bayaran balik pinjaman.Tatabahasa04.03.2015
Bayaran sebelum atau pada 1 April 2019.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Tatabahasa05.11.2018
Mahizan Husain ISN 1.44 PTG Salam, saya ingin mendapatkan emel pengawai yang menguruskan bayaran di unit bayaran DBP. WasalamJika pertanyaan tuan berkaitan dengan DBP Sah Bahasa, sila hubungi kami melalui taluian 03-21479400/9691, jika berkaitan dengan bayaran lain sila hubungi 03-21479000/9001/9002 dan minta sambungan Bahagian Kewangan.Lain-lain10.07.2017
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32)

Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih.

Lain-lain05.06.2009
berapakah kadar bayaran yang dkenakan untuk menterjemah nota atau kertas ilmiah teknikal dari bahasa inggeris ke bahas malaysia? berapapula kadar bayaran untuk 'proofreading' yang dikenakan oleh pihak tuan secara piawainya?Kadar yang diguna pakai di DBP : bayaran terjemahan teks teknikal daripada bahasa Inggerius kepada bahasa Melayu ialah 0.15 sen/kata. Kadar bayaran penyemakan pruf teks teknikal ialah 0.015 sen/kata.Lain-lain15.11.2007
Bagaimana pula dengan frasa kaunter bayaran dan kaunter pembayaran? Adakah kedua-duanya boleh digunakan?Kaunter Bayaran dan Kaunter Pembayaran, kedua-duanya betul. Bayaran bermaksud hasil yang dibayar dan pembayaran bermaksud proses membayar. Kedua-dua bentul ini diterima seperti Kaunter Jualan dan Kaunter Pertanyaan.Tatabahasa17.04.2014
kenapa bayaran untuk permohonan saya gagal? saya lampirkan gambar gagal pembayaran dibawahUntuk membuat aduan berkaitan masalah penggunaan sistem Pengesahan Bahasa DBP sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Penguatkuasaan, Pn. Rohayu binti Ismail@Hassan di talian telefon 03-2147 9400 atau 03 2147 9691.Lain-lain09.06.2017
Adakah pihak DBP telah membuat pembayaran royalti buku matematik tahun 5 ( sedang diguna pakai ) kepada pihak penulis untuk tahun 2020Salam sejahtera,

Berdasarkan Sistem bayaran, dimaklumkan bahawa bayaran royalti buku matematik tahun 5 telah dibayar pada 29 Jun 2020 kepada ketiga-tiga penulis.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.06.2020
Memohon kadar bayaran yang boleh digunapakai untuk pembayaran khidmat penterjemahan dari bahasa English ke Bahasa Malaysia untuk penyediaan kertas soalan peperiksaan perkhidmatan Awam. Pegawai yang terlibat adalah penjawat awam dan pembayaran adalah melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak. Sehubungan itu, kadar bayaran yang rasmi/standard adalah perlu untuk menyokong pembayaran khidmat penterjermahan. Sekian terima kasih.Mengikut kadar bayaran DBP, kadarnya antara 3 hingga 5 sen setiap perkataan bergantung pada teks tersebut. Walau bagaimanapun kadar ini mungkin berbeza dengan kadar bayaran yang diguna pakai di jabatan atau organisasi lain.

Lain-lain09.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas