Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ya.ran] | بايرن

Definisi : 1. (wang) yg dibayar: mereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; 2. (orang) yg dibayar: serdadu ~;3. gaji, upah, biaya: pd akhir bulan kami menerima ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ya.ran] | بايرن

Definisi : 1 wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2 wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAYARAN PINDAHAN

Bayaran pindahan ialah bayaran yang diterima oleh seseorang individu secara percuma tanpa perlu memberikan apa-apa sumbangan kepada pendapatan negara. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
BAYARAN TERTUNDA

Bayaran tertunda ialah pembayaran yang dibuat untuk sesuatu perbelanjaan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
AGENSI PEMUNGUTAN

Agensi pemungutan ialah sebuah organisasi

yang memungut bayaran yang terlewat. Banyak

syarikat perniagaan dan orang perseorangan

menggunakan agensi pemungutan daripada

membuang masa mereka sendiri untuk

memungut hutang yang sedemikian. Agensi

tersebut menerima bayaran atau komisen yang

biasanya berasaskan jumlah yang dipungutnya.

UMUM 
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
QADAhukum/bayaran semulaAGAMAKonsep
SUBSIDI

Subsidi ialah bayaran wang atau bentuk bantuan

lain daripada kerajaan pusat kepada kerajaan

negeri, industri, syarikat swasta, atau individu.

Terdapat pelbagai sebab bantuan ini diberi.

Kerajaan ingin menggalakkan aktiviti atau industri

supaya berkembang maju, menurunkan harga

barangan, atau merangsangkan eksport.

UMUM 
DENDA

Denda ialah bayaran wang yang diperintahkan

oleh mahkamah untuk dibayar oleh seseorang

yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang.

UMUM 
SEWA

Sewa biasanya merujuk kepada bayaran untuk

menggunakan sesuatu, contohnya rumah. Tetapi

barang lain juga boleh disewa seperti kereta atau

kostum pakaian beragam. Istilah sewa dalam

ekonomi, mempunyai makna teknikal dan sering

digunakan hanya untuk tanah. Rencana ini

membincangkan sewa ekonomi .

UMUM 
PERUNTUKAN DIRAJA

Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan

negara yang membiayai perbelanjaan

pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United

Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh

Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah.

Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran

cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang

dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta

Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh

menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun

untuk menampung kos yang semakin meningkat.

UMUM 
NOTA JANJI

Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak

boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk

membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut

ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada

orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa

janji hendak membayar balik wang yang telah

dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang

harus dibayar balik itu biasanya lebih besar

daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah

faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang

menandatangani nota tersebut dikenali sebagai

pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran

kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh

apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai

tarikh tebus .

UMUM 
12

Kembali ke atas