Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anak kecil yg baru dilahirkan; ~ biru bayi yg dilahirkan dgn keadaan kulitnya yg kebiruan akibat kekurangan oksigen dlm darah, biasanya berpunca drpd masalah jantung; ~ tabung uji bayi yg lahir hasil drpd persenyawaan di luar tubuh dlm tabung uji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayi I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
respiratory distress syndromesindrom kesesakan respirasiBiologiFisiologiKeadaan bayi baru lahir yang dicirikan oleh dispnea dengan sianosis yang ditunjukkan oleh tanda-tanda seperti pengembangan hujung hidung, bunyi keras semasa keluar nafas, dan penarikan kembali dada bayi. Kebanyakan kes ini berlaku pada bayi pramatang, bayi kepada ibu berpenyakit diabetes atau bayi yang dilahirkan melalui pembedahan (caesarean) dan kadangkala berlaku pada bayi tanpa sebarang sebab yang jelas.
bearing downmeneranPerubatanTiadaMenkontraksikan otot abdomen semasa rahim sedang mengkontraksi untuk menolong proses kelahiran bayi semasa bayi hampir keluar.
palmar grasp reflexrefleks genggaman tapak tanganKejururawatanTiadaTindak balas apabila sesuatu objek diletakkan di atas tapak tangan bayi, jari bayi akan menggenggamnya. Refleks ini hadir semasa lahir dan berterusan sehingga lima atau enam bulan.
infantile spasmspasma infantilPerubatanTiadaGangguan otak yang serius pada bayi-bayi di bawah umur enam bulan, dicirikan dengan gerakan otot yang tak sengaja pada tangan, kaki, leher, dan trunkus.
baby growthpertumbuhan bayiKejururawatanTiadaPeningkatan berat badan, ketinggian dan lilitan kepala bayi berdasarkan carta pertumbuhan bayi.�
forceps deliverykelahiran forsepsPerubatanTiadaKelahiran bayi dari rahim secara memegang kepala bayi dengan forseps tanpa mencederakan bayi dan ibu.
fetal-alcohol syndromesindrom bayi alkoholPsikologiPsikologi UmumKecelaruan organik yang dialami oleh bayi akibat pengambilan alkohol secara berlebihan oleh ibu yang mengandungkannya. Bayi yang diserang kecelaruan ini akan mengalami beberapa simptom buruk seperti berat badan berada di bawah paras normal ketika lahir, saiz otak kecil, mengalami kecacatan paras rupa, kurang penyelarasan badan dan kerencatan mental.
Moro reflexrefleks MoroKejururawatanTiadaTindak balas bayi terhadap pelbagai rangsangan yang mengakibatkan tangan bayi dalam keadaan abduksi diikuti dengan aduksi. Contoh rangsangan adalah memegang kepala bayi 5 cm di atas permukaan yang lembut dan melepaskan bahagian kepala, atau ketukan ringan di bahagian abdomen.
love babybayi hasil cinta; bayi luar nikahSosiologiTiadaTiada
Ortolani’s testujian OrtolaniPerubatanTiadaUjian yang dijalankan ke atas bayi untuk mengesan dislokasi pinggul kongenital. Ujian ini dilakukan dengan membaringkan bayi dalam posisi supin. Lutut bayi dibengkokkan,dan putaran sendi pinggul dicuba. Bunyi klik akan didengar jika sendi itu tidak stabil.
12345678910...

Kembali ke atas