Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.zar] | بازر

Definisi : kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang (spt kain, buku, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.zar] | بازر

Definisi : 1 bahagian kota tempat membeli-belah; pasar. 2 deretan atau kelompok gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang dagangan yg agak murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bazar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tanya yang mana satu betul.. bazar minggu atau bazar mingguan yang betul? terima kasihKedua-duanya betul. Bazar Minggu ialah nama bazar tersebut, manakala bazar mingguan menandakan bahawa bazar tersebut diadakan pada setiap minggu.Tatabahasa10.02.2012
bahasa yang betul bagi 'bazar ramadhan'Frasa yang betul ialah bazar Ramadan.Tatabahasa03.06.2013
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"?

Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan.  Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus.  

Istilah19.03.2014
Penggunaan laras & gaya bahasa ayat berikut adakah sesuai atau tidak?. DENGKIL BAZAR. DI BUKA RUANG UTK DI SEWA SEKARANG.

Yang betul ialah:

BAZAR DENGKIL

RUANG UNTUK DISEWA

 (Pembaca maklum bahawa kini ruang itu dibuka, apatah lagi jika ada perkataan SILA HUBUNGI:........)

Tatabahasa27.04.2011
Bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan perkataan 'pelbagai' dan 'berbagai-bagai' dalam sesuatu ayat? terima kasih

Pelbagai bermaksud berbagai-bagai atau beberapa jenis. Contoh ayat: Pelbagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan ataupun Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan.

Tatabahasa20.08.2010
Bolehkan saya Mengunakan Perkataan "Bazaar King" untuk tajuk majlis atau aktiviti terima kasih

Sila gunakan perkataan "Bazar" sahaja kerana perkataan "King" merupakan bahasa Inggeris.
Lain-lain27.02.2017
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018

Kembali ke atas