Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; kuda ~ kuda utk mengangkat beban, kuda muatan; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: dia menjadi ~ kpd kedua-dua orang tuanya; kenaikan harga barang merupakan satu ~ kpd orang ramai; 3. tanggungan drpd kenaikan cukai; ~ berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat; ~ sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan); besar senggulung drpd ~ prb besar belanja drpd pendapatan; ibarat ~ belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan; seberat-berat ~, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu); seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu; tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri; membebani memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat;membebankan memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~;bebanan beban;pembebanan perbuatan membebani atau membebankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 benda berat yg dibawa ketika berjalan; barang-barang yg diletakkan di belakang kuda dsb: Mana mampu saya membawa ~ sebanyak itu? 2 apa-apa yg mesti ditanggung oleh seseorang; sesuatu yg susah dilakukan: Apabila kita besar kelak, janganlah hendaknya memberatkan ~ kedua-dua orang tua kita. membebani memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. membebankan 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beban

Peribahasa

Tak beban,
     batu digalas.

Bermaksud :

Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
design loadbeban rekabentukKejuruteraanKejuruteraan BangunanBeban yang digunakan dalam rekabentuk struktur yang terdiri daripada beban hidup, beban mati dan beban angin, didarabkan dengan faktor-faktor tertentu. Contoh beban rekabentuk, W = 1.4 Gk + 1.6 Qk, apabila Gk = beban mati dan Qk = beban hidup.
live loadbeban hidupKejuruteraanKejuruteraan BangunanBeban yang dapat dipindahkan atau digantikan. Beban ini tidak termasuk beban dinamik, beban angin atau beban gempa bumi.
dead loadbeban matiKejuruteraanTiada1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah.,2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan.
dead loadbeban matiKesenianSeni Bina1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah. 2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan, seperti lantai, bumbung, tiang dan sebagainya.
load-bearing structurestruktur galas bebanKejuruteraanKejuruteraan BangunanStruktur yang menyokong beban-beban kenaan. Struktur ini digunakan pada rasuk, lantai, tiang dan dinding konkrit.
bearing pilecerucuk galasKejuruteraanKejuruteraan BangunanCerucuk yang memikul beban-beban tegak dengan cara memindahkannya ke strata tanah yang lebih keras, seperti batu hampar.
dead weightberat muatan;berat matiKejuruteraanTiada1. Berat mati: Berat struktur dengan beban-beban kekal yang bertindak padanya.
pier captetopi tiang sambutKejuruteraanTiadaBahagian atas tiang sambut jambatan yang mengagihkan secara seragam beban-beban terpumpun dari jambatan.
shell constructionbinaan kelumpangKesenianSeni BinaStruktur binaan kerangka luar bangunan seperti bumbung atau dinding. Struktur binaan ini berfungsi untuk menanggung beban menegak atau beban melintang, sama ada beban tetap, beban hidup ataupun beban sementara seperti gempa dan angin. Binaan kerangka bangunan perlu dirancang dengan teliti mengikut kaedah-kaedah mekanikal teknik dengan mempertimbangkan faktor keselamatan dan juga faktor-faktor ekonomi.
concrete slabpapak konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanLantai daripada struktur konkrit tetulang yang dibina di atas rasuk atau di tanah untuk memikul beban. Beban daripada papak diagihkan kepada rasuk yang seterusnya memindahkannya kepada tiang dan asas bangunan. Papak konkrit selalunya mempunyai tebal di antara 75 mm hingga 150 mm dan bergantung kepada beban yang dipikul, keadaan tanah yang menyokongnya, dan juga rekabentuk papak, iaitu sama ada ia terdiri daripada papak sehala ataupun papak dua hala.
12345678910...

Kembali ke atas