Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.bas] | بيبس

Definisi : (bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.bas] | بيبس

Definisi : /bébas/ 1 tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2 tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3 tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. ~ tol a. (bkn talian atau panggilan telefon) tidak dikenakan bayaran: talian ~ tol. b. (bkn jalan raya, jambatan dsb) tidak dikenakan bayaran jika menggunakannya: Mereka menggunakan laluan ~ tol utk pulang ke kampung. membebaskan 1 membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2 melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3 memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1 orang yg membebaskan. 2 alat yg digunakan utk membebaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebas

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi terkurung siang.

Bermaksud :

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
flour wish, desire eager, desirous aim, intention elbow greed greedy free freedom, liberty harm, injury easy sleeve sky Asia to drink clear tepung hasrat ingin tujuan, niat siku ketamakan tamak bebas kebebasan, kemerdekaan mudarat mudah, senang lengan baju langit Asia minum jelas )ārd( درآ )ārezu( وزرآ )ārezumand( دنموزرآ )ārmān, hadaf( فده ،نامرآ )āranj/ārenj( جنرآ )āz( زآ )āzmand( دنمزآ )āzād( دازآ تروص ،ىور )rahā, āzād( دازآ ،اهر )rīkhtan( نتخير )rīz( زير sungai siang dunia, alam maya hari kebangsaan surat khabar kewartawanan berpuasa kampung selendang prosedur, cara, kaedah terang minyak muka, wajah bebas, merdeka tuang terlalu kecil river day world national day newspaper journalism to fast village, hamlet shawl, scarf method light up oil face, surface free to pour tiny زير هناخدور Kamus

Kembali ke atas