Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.bat] | ببت

Definisi : kain dll utk membalut;membebat membalut: dia ~ luka itu; pembebatan perbuatan membebat;pembebat 1. orang yg membebat; 2. benda utk membebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.bat] | ببت

Definisi : kain dsb yg digunakan utk membalut. membebat membalut di keliling sesuatu dgn kemas: Ia ~ lengannya yg patah dgn kain bersih. pembebat sesuatu yg digunakan utk membebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut:
1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk
2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal
3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung
Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. 
Istilah01.10.2012

Kembali ke atas