Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ba.wang] | بباوڠ

Definisi : organ pembiakan vegetatif yg merupakan tunas bawah tanah, terdiri drpd batang yg sangat pendek dan dikelilingi beberapa lapis daun tebal yg berisi makanan simpanan; ~ gantung sj bebawang yg pembiakannya terjadi drpd benih yg gugur dr bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ba.wang] | بباوڠ

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg menyerupai bawang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ba.wang] | بباوڠ

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg menyerupai bawang bentuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebawang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SQUILL

Squill ialah nama bagi beberapa tumbuhan yang

mempunyai akar bebawang. Ia tergolong dalam

famili lili. Satu jenis squill, yang dinamakan bawang

laut, tumbuh di sekitar Laut Mediterranean. Ia

mengeluarkan bebawang yang kadangkala beratnya

1.8 kilogram. Bebawang squill ini mempunyai nilai

ubatan.

UMUM 
KOHLRABI

Kohlrabi ialah sayur yang batangnya besar dan

ditanam untuk dimakan. Bahagian atas batangnya

berbentuk seperti bebawang dan tumbuh

betul-betul di atas tanah.

UMUM 
KUCAI

Kucai ialah sayur hijau yang berkait rapat dengan

bawang. Kucai tumbuh liar di Eropah dan Asia.

Akarnya ialah bebawang kecil berbentuk telur,

yang darinya tumbuh daun yang panjang, halus

bak tiub.

UMUM 
LILI HARIMAU

Lili harimau ialah bunga taman yang tinggi

yang pada asalnya tumbuh di timur Asia. Ia

mendapat namanya kerana bunganya berwarna

jingga kemerahan dengan bertompok-tompok

hitam. Penduduk di China, Jepun dan Korea

menggunakan bebawang lili harimau sebagai

makanan.

UMUM 
KROKUS

Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang

tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam

di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada

batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi.

Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga

krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum

terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai

tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus

berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang

mekar pada musim gugur.

UMUM 

Kembali ke atas