Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ba.wang] | بباوڠ

Definisi : organ pembiakan vegetatif yg merupakan tunas bawah tanah, terdiri drpd batang yg sangat pendek dan dikelilingi beberapa lapis daun tebal yg berisi makanan simpanan; ~ gantung sj bebawang yg pembiakannya terjadi drpd benih yg gugur dr bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ba.wang] | بباوڠ

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg menyerupai bawang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ba.wang] | بباوڠ

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg menyerupai bawang bentuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebawang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudobulbbebawang semuPertanianAgronomi

Organ penyimpan makanan pada batang pokok antara dua buku. Bebawang semu terdapat khusus pada tumbuhan daripada famili orkid (Orchidaceae), terutamanya jenis epifit, iaitu pemanjat pokok.  Pada sesetengah spesies orkid, bebawang semu kelihatan seperti batang biasa tanpa bengkak tetapi spesies orkid seperti Bulbophyllum mempunyai bebawang semu yang jelas berbentuk bulat dan bengkak dengan daun di atas dan bawahnya. Bebawang semu boleh digunakan untuk membiakkan orkid.

bulbilbulbilHerbaTiada1. Tunas aksil berisi yang menghasilkan tumbuhan baharu selepas luruh. Contohnya, setawar (Bryophyllum pinnatum). 2. Sebarang organ tunas yang berbentuk bebawang. 3. Bebawang sekunder yang dihasilkan pada bahagian aerial tumbuhan. Contohnya, buah naga (Hylocereus undatus).
Bulb cropsTanaman bebawangPertanianAgronomi

Jenis tanaman yang mempunyai bebawang seperti bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Hasil tanaman biasanya ialah bebawang kering yang digunakan sebagai perisa makanan. Selain itu daun bawang juga dihasilkan sebagai sayuran segar.

BulbilbulbilPertanianAgronomi

Bebawang kecil yang dihasilkan pada batang atau bebawang dan digunakan untuk bahan tanaman aseksual seperti bawang besar. Bulbil boleh digunakan sebagai bahan pembiakan. Sinonim sulur bebawang.

BulbletSulur bebawangPertanianAgronomi

Sinonim dengan bebawang gantung (bulbil)

BulbBebawangPertanianAgronomi

Pucuk di bawah tanah yang terdiri daripada daun-daun tebal yang berfungsi sebagai organ menyimpan makanan contohnya yang terdapat pada tanaman bawang. Daun-daun itu bertindih dalam lapisan sesama mereka dan mengelilingi pusat bebawang itu. Batang yang terubahsuai terletak pada pangkal bebawang dan ia mengeluarkan akar di bawahnya dan pucuk dan cabang di atasnya.

bulbbebawangBotaniTiadaBatang yang menjadi pendek dan mempunyai pangkal daun yang menebal dan tersusun rapat. Biasanya, bebawang berbentuk kon dan di bahagian pangkal bawahnya terdapat akar serabut. Di celah-celah susunan daun terdapat tunas-tunas ketiak yang disebut bulbil. Contohnya, pada bawang.
bulbbebawangHerbaBotani dan BioteknologiBatang yang memendek dan mempunyai daun yang tersusun rapat, menebal dan berisi di pangkalnya. Bebawang biasanya berbentuk kon dan di bawahnya terdapat akar serabut. Di celah susunan daun terdapat tunas yang dikenali sebagai bulbil. Contohnya, bawang merah (Allium cepa) dan tembaga suasa atau bakong (Crinum asiaticum).
bulbbebawangHerbaTiadaOrgan pembiakan vegetatif yang merupakan tunas bawah tanah, terdiri daripada batang globos yang sangat pendek dan dikelilingi beberapa lapis kelopak daun tebal yang berisi makanan simpanan. Bebawang kering atau segar dalam bentuk keseluruhan, dimayang, dikisar atau diserbukkan, biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba. Contohnya, bawang putih dan bawang merah.
contractile rootakar mengecutBiologiHistologi dan SitologiAkar advenititius yang tumbuh pada batang bebawang atau umbisi yang telah mengalami pengubahsuaian. Akar ini boleh menguncup dan bertindak sebagai penunjang, iaitu yang menujahkan bebawang atau umbisi tersebut ke dalam tanah.
12345

Kembali ke atas