Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.bo.la] | ببولا

Definisi : sesuatu (objek dsb) yg berbentuk bulat spt bola; ~ ikan isi ikan yg digaul dgn telur dll dan dibentuk bulat-bulat kecil; ~ mata biji mata; alas ~ bebola logam yg bergerak dlm suatu gelang di sekeliling suatu batang dlm suatu mesin supaya batang itu bergerak dgn lebih mudah dan kurang bergeseran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.bo.la] | ببولا

Definisi : sesuatu yg bentuknya spt bola. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebola


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa kah ejaan untuk perkataan saperti dibawah; 1. Nuget 2. Bebola Ikan 3. Kek Ikan 4. Bebola Daging 5. Bebola Ayam 6. Makanan Sejuk Beku terima kasih, Yusof Muhamd usofmad@gmail.comEjaan yang dinyatakan dari nombor 1 hingga 6, betul.Ejaan15.05.2014
Assalamualaikum / salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang perkataan bola bebola. Adakah wujud perkataan ini atau ia wujud dalam 2 perkataan yang berasingan iaitu bola dan bebola? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bola bermaksud benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dalam permainan atau sukan. Bebola bermaksud sesuatu (objek dsb) yang berbentuk bulat seperti bola. Oleh itu, penggunaan bola atau bebola bergantung pada konteks dan konsep istilah tersebut. Istilah02.12.2011
Salam sejahtera tuan, soalan saya ialah: gambar menunjukkan seorang lelaki memang secucuk bebola ikan. Adakah ayat ini betul " seorang lelaki mengambil secucuk bebola ikan sambil berjalan "? Adakah "mengambil" betul digunakan dalam ayat ini. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah "seorang lelaki memegang secucuk bebola ikan sambil berjalan."Tatabahasa17.08.2014
Ingin mendapat nasihat atas jenis perniagaan yang paling sesuai untuk dipaparkan atas iklan kilang memproses makanan. Kilang ini akan memproses bebola ubi kayu untuk air teh (bubble tea). Permohonan pengesahan iklan telah ditolak sebelum ini oleh pihak DBP.Cadangan kami: KILANG MEMPROSES MAKANANLain-lain25.02.2020
Apakah perkataan terjemahan bagi permainan 'Zorbing' dan 'paintball'?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "zorbing" ialah luncur glob dan "paintball" ialah tembak bebola cat .Istilah08.03.2016
Apakah Istilah yg sesuai untuk "Ball of foot"? iaitu suatu bahagian pada tapak kaki.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah ball of foot ialah bebola kaki. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah24.05.2023
Apakah isitlah yang tepat bagi ‘bubble tea’ dan ‘milkshake’?Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak. 
Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
Lain-lain21.03.2021

Kembali ke atas