Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.bo.la] | ببولا

Definisi : sesuatu (objek dsb) yg berbentuk bulat spt bola; ~ ikan isi ikan yg digaul dgn telur dll dan dibentuk bulat-bulat kecil; ~ mata biji mata; alas ~ bebola logam yg bergerak dlm suatu gelang di sekeliling suatu batang dlm suatu mesin supaya batang itu bergerak dgn lebih mudah dan kurang bergeseran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.bo.la] | ببولا

Definisi : sesuatu yg bentuknya spt bola. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebola


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN GULI

Permainan guli ialah permainan kanak-kanak

yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya

dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali

sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan

di atas permukaan yang rata di luar rumah.

Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang

terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi.

Para pemain menyasarkan guli-guli dengan

mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut

gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan

menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke

arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli

objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut

apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas

tanah semasa menyasar.

UMUM 
MATAHARI

Matahari ialah sebuah bebola gas yang besar

dan bersinar di tengah-tengah sistem suria. Bumi

dan lapan lagi planet yang lain beredar

mengelilingnya.

UMUM 
SUMPITAN

Sumpitan ialah pembuluh di mana damak

beracun atau bebola tanah liat ditiupkan

melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat

daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat

dengan membuat lubang dalam galah kayu.

Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2

meter panjang, dan dipasang muncung dan alat

untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus

untuk menyumpit burung dan monyet di hutan

tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal

dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman

Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan

sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang

tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 
SERPIHAN PELURU

Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong

peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan

(kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel

(1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi

sejumlah bebola dan serbuk peletup yang

memecahkan kelongsong peluru. Tentera

British menggunakan peluru pertama jenis ini di

Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I

(1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru

pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan

dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939–

1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada

serpihan keluli pembalut kelongsong peluru

meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun

sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi

dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga

Meriam; Peluru.

UMUM 
MELONTAR PELURU

Melontar peluru, acara padang yang menggunakan bebola besi dikenali sebagai peluru yang dilontar sejauh yang boleh ke kawasan mendarat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MENARA PELURU

Menara peluru ialah struktur yang digunakan

untuk membuat peluru bagi senjata api. Pada

masa dahulu, menara peluru ialah menara kayu

atau batu yang berukuran antara 15 meter hingga

30 meter tinggi. Plumbum cair dicurahkan melalui

suatu bekas yang mempunyai lubang di bahagian

atas menara. Setiap ketulan kecil plumbum yang

jatuh, membentuk sebuah bebola yang bulat. Ia

menyejuk dalam bentuk ini apabila jatuh ke dalam

bekas yang mengandungi air sejuk. Pada hari ini,

kebanyakan peluru dibuat dalam menara yang

berukuran sehingga 58 meter tinggi.

UMUM 
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 

Kembali ke atas