Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.bu.ta] | ببوتا

Definisi : sj tumbuhan (pokok), buta-buta, kayu mati buta, Excoecaria agallocha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebuta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bebutabebutaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Excoecaria spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama lain di semenanjung dan Sabah ialah buta-buta. Hanya satu spesies sahaja yang mencapai ukuran balak, iaitu Exoecaria agallocha. Gubal dan teras kayu ini biasanya berwarna ungu keputihan dan sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. kayu bebatu mempunyai purata nilai ketumpatan keringan udara 560kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat. Kayu ini tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik dan boleh digunakan untuk membuat alat permainan, perabot, kotak pembungkus, terompah dan juga arang.

Kembali ke atas