Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béca) sj kenderaan beroda tiga utk seorang atau dua penumpang yg dikayuh oleh seseorang; tukang ~ orang yg mengayuh beca;berbeca menaiki (menumpang) beca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tr bengkak dan bernanah, khususnya pd kaki: kuku jari mak cik yg kena duri nibung semakin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /béca/ 1 kenderaan beroda tiga yg kebanyakannya dikayuh spt basikal. 2 kenderaan beroda dua yg ditarik oleh manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beca


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan manakah yang betul dan terkini? Penunggang beca Penarik beca Pengayuh becaAyat yang betul ialah "penarik beca" atau "pengayuh beca". Walau bagaimanapun, "penarik beca" lebih sesuai untuk beca beroda dua yang ditarik oleh seseorang untuk mengangkat orang atau barang.Makna13.06.2022
Dalam konteks zaman, saya mencadangkan agar istilah penarik beca ditukar kepada penunggang beca atau pengayuh beca.Istilah yang diguna pakai pada masa ini ialah pengayuh beca.  Istilah30.03.2010
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
Adakah ayat berikut betul? Jika salah, sila betulkan. Terima kasih. 1. Ini beca bapa. Beca ini baharu. 2. Hobi Haris main hoki.Untuk makluman, ayat pertama dan kedua, tidak ada kesalahan. Untuk ayat ketiga, ayat yang lebih tepat ialah Hobi Haris bermain hoki.Tatabahasa01.04.2017
1) Yang mana satu betul?Penunggang beca atau pemandu beca? 2)Adakah frasa mengibarkan bendera jalur gemilang betul?Ataupun mengibarkan jalur gemilang ayat yang betul?Frasa yang betul ialah penunggang beca dan mengibarkan jalur gemilang.Tatabahasa13.06.2012
Assalamualaikum, Saya ada terjumpa penggunaan perkataan iaitu BECA TIGA RODA. Apa bezanya dengan BECA RODA TIGA. Mana yang tepat? Terima kasih.

Waalaikummussalam...

Kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu beca yang memiliki tiga roda. 'Beca Roda Tiga' merupakan pengggunaan perkataan yang tepat.

Istilah17.10.2012
Beca yang dihiasi/dihiaskan dengan Jalur Gemilang tampak cantik dan menarik ketika membawa pelancong. Jawapan manakah yang paling sesuai dihiasi atau dihiaskan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut. 2) Beberapa orang murid sedang menjalani/menjalakan latihan lumba lari di padang sekolah. Jawapan manakah yang paling sesuai menjalani atau menjalankan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut.. 3) murid-murd yang bertugas sibuk menghias/menghiasi pentas dengan kain renda yang cantik. Jawapan manakah yang paling sesuai menghiasi atau menghias....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut...Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). 

Apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak).

Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'


Jawapan yang betul ialah;

1. dihiaskan dengan beca...
2. menjalankan latihan...
3. menghiaskan pentas...
Tatabahasa10.04.2013
Bagaimana kita dapat membezakan sebutan bagi BE seperti yang terdapat dalam “beca” dan “belum”. Terima kasihUntuk makluman tuan, tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya dalam frasa yang berikut: ....membersihkan semak samun di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling).Tatabahasa06.12.2018
Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1.Abu dan Ali membawa Ahmad di/ke taman. 2.Ani bangun awal/awal-awal pagi. 3.Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh. 4.Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah,tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan/di gerai tepi jalan. 8.Beca merupakan kenderaan bermotor tiga. 9.Di manakah pasar raya itu terletak?/Di manakah terletak pasar raya itu?

 Ayat yang betul ialah seperti yabg berikut: 1. Abu dan Ali membawa Ahmad ke taman. 2. Ani bangun awal pagi. 3. Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh (kedua-duanya betul). 4. Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah, tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan. 8. Beca merupakan kenderaan beroda tiga. 9. Pasar raya itu terletak di mana?

Tatabahasa07.04.2010
Tuan,apakah perbezaan penggunaan antara perkataan "menjalani" dan "menjalankan" ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan.Tatabahasa10.10.2016
12

Kembali ke atas