beca | (béca) sj kenderaan beroda tiga utk seorang atau dua penumpang yg dikayuh oleh seseorang; tukang ~ orang yg mengayuh beca;berbeca menaiki (menumpang) beca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beca | /béca/ 1 kenderaan beroda tiga yg kebanyakannya dikayuh spt basikal. 2 kenderaan beroda dua yg ditarik oleh manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beca | /béca/ 1. kenderaan beroda tiga yg kebanyakannya dikayuh spt basikal. 2. kenderaan beroda dua yg ditarik oleh manusia. | Kamus Pelajar |
supir | Id pemandu kereta; ~ beca pengayuh beca; menyupir memandu kereta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lereng I | (léréng) 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat (roda dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2. permukaan bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap; lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll); berlereng ark menaiki basikal, berbasikal; melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah dll), landai, miring; lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll): mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~ bukit yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beca lereng tiga | beca roda tiga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menarik beca | mengayuh beca. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tukang beca | penarik beca | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menarik beca | mengayuh beca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
supir beca | pengayuh beca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |