Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senjata (spt senapang, meriam, dsb): ~ pekatu; ~ pemuras; ~ pengatu; ~ tegadas; ~-bedal bermacam-macam bedil; ~ besar sl meriam; menghadapkan ~ pulang prb merugikan kaum keluarga sendiri; menjual ~ kpd lawan prb mencelakakan diri sendiri; seletus ~ berbunyi, mencelur ikan dlm laut, berkokok ayam dlm hutan prb kata yg sepatah dapat menggemparkan orang di mana-mana (jika hendak berkata-kata, fikirlah dahulu supaya jangan menjadi heboh); berbedil-bedilan berbalas-balas tembakan, bertembakan, bertembak-tembak: kedua-dua pasukan itu ~ utk beberapa jam;membedil menembak dgn bedil, memasang bedil: musuh ~ kota itu dr laut;bedilan hasil membedil, tembakan: serangan-serangan tersebut dimulakan dgn ~-~ hebat dr dua buah kapal;pembedilan perbuatan membedil;pembedil orang yg tugasnya membedil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedil I

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Bermaksud :

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menjual bedil kepada lawan.Perbuatan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghadapkan bedil pulang.Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan.Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas