Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ga.wan] | بݢاون

Definisi : gelaran bagi pendeta atau pertapa (yg berbahagia, yg mulia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ga.wan] | بݢاون

Definisi : (gelaran utk pertapa atau pendeta) yg berbahagia atau yg mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bandar Sri Begawan, Negeri Brunei Darussalam atau Bandar Sri Begawan, negeri Brunei Darussalam?Bandar Sri Begawan, Negera Brunei Darussalam.Ejaan21.09.2011
Contoh tanda pisah dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Malaysia, 1992: 49): “1910–1954” dan “Taiping–Seremban” (tiada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah dalam Gaya Dewan (1995: 70): “Jun – Oktober” dan “Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980” (ada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Brunei, 2010: 42): “1910 – 1954” dan “Bandar Seri Begawan – Seria” (persis Gaya Dewan). Panduan mana menjadi pegangan DBP Malaysia untuk saya ikuti?Seperti yang tuan maklum, penggunaan tanda baca dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga betul dan digunakan dalam buku terbitan DBP. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan hal ini akan dikemukakan kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain14.01.2013

Kembali ke atas