Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begini

Puisi
 

Jika begini mengalahnya,
     Kayu hidup dimakan api;
Jika begini rasanya,
     Badanku hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam entri “ribu” KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri “juta” KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)?

Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

1000 - 9000 (tidak ada jarak)

1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma)

 Terima kasih. 

Lain-lain02.02.2009
Apakah perbezaan begitu dan begini?

Kata “begitu” dan “begini” digolongkan dalam "Kata Adverba Jati" iaitu perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif, kata nama dan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh penggunaannya:

  1. Buku-buku begini amat terhad pasarannya.
  2. Jangan biarkan anak duduk begini selalu kerana menjejaskan pergerakan pada masa akan datang.
  3. Aku tidak pernah berasa begini gembira.
  4. Dahulu pun begitu juga keadaannya.
  5. Tidak manis berbuat begitu di hadapannya.
  6. Sanggul di kepalanya begitu rapi.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan terbitan DBP. 
Tatabahasa03.05.2023
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?]Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan.Lain-lain17.11.2011
betulkah ayat begini : "Perbincangan Penyediaan Buku Panduan Kod Pembelanjaan Universiti". Bolehkah diguna perkatan PembelanjaanTidak ada kata terbitan pembelanjaan, sebaliknya perkataan yang ada ialah perbelanjaan yang bermaksud perihal berbelanja.Tatabahasa17.04.2012
Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul?Penggunaan tanda petik  (" ")yang betul ialah:
a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu.
b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?"
c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia.

Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru.

Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul.
Tatabahasa20.09.2013
Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi.
Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi. Contohnya:

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.
Ejaan07.08.2018
Assalamualaikum, Saya inginkan kepastian tentang ayat susunan songsang. Sekiranya ayat begini: Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan mantan Perdana Malaysia. Apabila disongsangkan begini adakah ayat itu betul: Mantan Perdana Menteri merupakan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekian terima kasihDalam susunan songsang keseluruhan predikat dikedepankan menjadi merupakan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Untujk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478.Tatabahasa08.08.2012
ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua.Tatabahasa08.04.2012
Slm. Ayat di bawah ini betul ke? Mengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takutkan saya dan tikus itu. (untuk level buku tadika) TQMengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takut kepada saya dan tikus itu?Tatabahasa18.10.2016
Betulkah tanda baca pada ayat di bawah: a) Mereka mempertahankan pendirian dengan komen seperti, "Saya dibayar dengan gaji yang besar.", "Begini caranya saya mencari nafkah untuk keluarga.", dan "Saya perlu buat begini supaya dapat bersaing dengan orang lain di pejabat.".Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa29.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas