Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begini

Puisi
 

Jika begini mengalahnya,
     Kayu hidup dimakan api;
Jika begini rasanya,
     Badanku hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika begini mengalahnya, Kayu hidup dimakan api; Jika begini rasanya, Badanku hidup terasa mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau begini rasa padiku, Mati pandan kerana bunga; Kalau begini rasa hatiku, Mati badan kerana nasibnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau begini naga-naganya, Kayulah hidup dimakan api; Kalau begini rasa-rasanya, Dari hidup baiklah mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau begini naga-naganya, Naga hidup kita kan lari; Sungguh begini dagang rasanya, Badan hidup separuh mati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lah begini terangnya hari, Seorang kok tidak nak menumbuk, Orang kok tidak nan memujuk, Oranglah mati semuanya. Orang berpadi semuanya; Begini rusuhnya hati,Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
1234

Kembali ke atas