Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begini

Puisi
 

Jika begini mengalahnya,
     Kayu hidup dimakan api;
Jika begini rasanya,
     Badanku hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analplasiaanaplasiaPerubatanTiadaKetidakupayaan sel untuk membeza. Dalam keadaan begini, susunan asal sel terubah, dan akibatnya fungsi tisu terjejas. Keadaan ini merupakan salah satu ciri tumor.
comakomaPerubatanTiadaKeadaan tidak sedar sepenuhnya. Dalam keadaan begini pesakit tidak dapat dikejutkan walaupun dengan rangsangan yang kuat. Keadaan ini diakibatkan oleh gangguan fungsi otak yang teruk yang diakibatkan oleh pelbagai sebab, antaranya termasuklah trauma, lesion vaskular, toksin endogen atan eksogen.
illusionsalah amatan.PerubatanTiadaSalah tafsiran terhadap sesuatu objek atau keadaan. Keadaan begini biasanya dialami apabila rangsangan deria tidak jelas, lazimnya dalam keadaan gelap, atau apabila seseorang itu keletihan atau keliru atau dipengaruhi sesuatu yang menakutkannya. Misalnya, pengalaman melihat lembaga di dalam gelap.
insane nodenod tak keruanTeknologi MaklumatTiadaNod yang gagal secara tidak disangka; nod begini mungkin menghantar urus niaga yang salah secara tidak sengaja.
nebulanebulaPerubatanTiada1. Kelegapan ringan pada kornea, yang kelihatan secara pencahayaan menyerong. Keadaan begini biasanya tidak mengganggu penglihatan. 2. Kekeruhan air kencing. 3. Sediaan berminyak, berair atau beralkohol yang digunakan di dalam alat pengabus.
deadheadinglalu butaKejuruteraanTiadaAmalan melalui satu jalan raya yang sama lebih daripada sekali. Amalan begini perlu dielakkan dalam pemungutan sampah.
depolarizationdepolarisasiPerubatanTiadaProses meneutralkan polarisasi, iaitu pembalikan potensial rehat membran sel apabila dirangsang. Dalam keadaan begini, potensial membran mula bertukar menjadi positif berbanding dengan potensial di luar sel.
cognitive meaningmakna kognitifKesusasteraanTiadaTafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat �matahari terbit dari timur�. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat �matahari ini sungguh menyeksakan� ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif.
leaning currentarus menduluTeknikElektrikarus ulang-alik yang mencapai maksimum lebih dahulu daripada voltan bekalan. arus begini berlaku dalam litar berkemuatan. sudut pemisahan di antara arus dengan voltan ini ditentukan oleh kadar regangan litar tersebut. sudut pemisahan dan amplitud bagi arus dan voltan ini dapat digambarkan secara vektor dan dibaca dari arah lawan pusingan jam.
cleated wiringpendawaian tetupaiTeknikElektrikPendawaian kabel dengan mengepitkan kabel pada tetupai yang dibuat daripada tembikar. Pendawaian begini bertujuan mengelakkan sentuhan dengan permukaan yang berair, berminyak, berdebu atau tajam, di samping memudahkan sokongan pendawaian, iaitu tidak memerlukan penyokong kabel yang banyak di permukaan tidak rata. Kini pendawaian tetupai jarang digunakan, kecuali di tempat-tempat tinggi pada dinding bangunan.
12345

Kembali ke atas