Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitulah

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Garam bercampur dengan lokan;
Umpama nabi kasihkan umat,
     Begitulah saya kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Api pasirnya lumat, Tempat temasya Maharaja Kobat; Bagaimana nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan sahabat.
Kurik Kundi Merah SagaMalam-malam menyuluh pelanduk, Pelanduk seekor bertenggek di batu; Laksana ayam kehilangan induk, Begitulah nasib dagang piatu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tekukur terbang ke Tana, Anak buaya di Tanjung Jati; Orang tak tegur hamba tak tanya, Begitulah susah di dalam hati.

Kembali ke atas