Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gut] | بݢوت

Definisi : (Muz) sj seruling buluh puak Jahut (rumpun bangsa orang asli dr suku Senoi) di Pahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
begutbegutMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon yang berflut. Begut diperbuat daripada buluh dan mempunyai tiga tubang jari yang ditiup di sisi. Flut ini menghasilkan lagu yang meniru bunyi burung. Begut dimainkan oleh orang asli suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia.

begut (Mal)begutKesenianTiadaSeruling kaum Jah Hut, Pahang.
sulingsulingMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Suling biasanya diperbuat daripada buluh dan mem­punyai beberapa lubang jari. Alat muzik ini terdapat di seluruh Asia Tenggara dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat. Suling terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis, iaitu (i) flut yang ditiup pada sisi melalui udara daripada mulut. Suling ini dikenali juga sebagai seruling oleh berbagai-bagai kaum di Sarawak. Dalam kalangan suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia, suling ini dikenali sebagai siloy dan begut, (ii) flut yang ditiup pada pangkal melalui udara daripada mulut. Dalam kalangan kaum Kadazandusun dari Tambunan, suling ini dikenali sebagai turali. Di Semenanjung Malay­sia kebanyakan alat flut dikenali sebagai suling yang ditiup pada pangkalnya. Suling tersebut merupakan flut jenis wisel atau rekorder, (iii) flut yang ditiup pada pangkalnya melalui udara daripada hidung. Flut hidung ini dikenali sebagai turali di seluruh daerah Dusun di Sabah, sementara dalam kalangan kaum Kadazan di Tambunan, alat muzik ini dikenali sebagai turahi. Kaum Kadazan di Penampang, Sabah pula menama-kan flut hidung sebagai tuahi. Rut hidung iiu" dikenali sebagai selengut atau selingut oleh Orang Ulu di Sarawak, dan pensol oleh suku kaum Temiar di Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini menghasilkan melodi sebagai hiburan. Sinonim kesuling, sending. Lihat juga nabat, siloy, begut, selengut, turali.


Kembali ke atas