Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kas] | بکس

Definisi : 1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; berbekas mempunyai bekas (tanda dll): tangannya masih ~ tanah; membekas meninggalkan bekas: kesankesan yg diterimanya ~ dalam sekali pd jiwanya;membekaskan membuat bekas, meninggalkan bekas: kata-katamu itu ~ kesan pd hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan (menaruh) sesuatu; ~ sirih tempat sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : 1 tanda-tanda yg terdapat pd sesuatu selepas dipegang dll; kesan: Di atas tangga yg basah itu, kelihatan ~ tapak kasut. 2 dahulunya pernah menjadi… tetapi sekarang tidak lagi: ~ askar seseorang yg dahulunya pernah menjadi askar. ~ luka (kudis) parut pd kulit kerana luka (kudis). ~ tangan hasil kerja tangan seseorang. berbekas ada atau tampak bekasnya atau tandanya: Tangannya masih ~ tanah. membekas 1 meninggalkan bekas: Kesedihannya tidak ~ keluar. 2 menimbulkan kesan yg kuat; sangat berkesan: Segala nasihat gurunya ~ dlm hatinya. membekaskan meninggalkan sesuatu sbg bekas atau kesan: Peristiwa itu ~ kenangan di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan atau tempat mengisikan sesuatu: ~ sirih tempat menyimpan sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas

Puisi
 

Terang bulan bagai dibasuh,
     Bulan tidak mengambang lagi;
Tinggal kain bekas tubuh,
     Badan tidak bersama lagi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epokbekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentuKamus Dewan Perdana
enggakbekas yg berbentuk spt burung, tempat meletakkan pulut atau empingKamus Dewan Perdana
ebam*bekas yg dibuat drp tembikar, berbentuk bulat panjang dan bertutup, biasanya digunakan utk mengisi airKamus Dewan Perdana
perembunanbekas utk menakung air embun atau mengembunkan bahan-bahan tertentu yg digunakan utk upacara kepercayaanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas