Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kas] | بکس

Definisi : 1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; berbekas mempunyai bekas (tanda dll): tangannya masih ~ tanah; membekas meninggalkan bekas: kesankesan yg diterimanya ~ dalam sekali pd jiwanya;membekaskan membuat bekas, meninggalkan bekas: kata-katamu itu ~ kesan pd hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan (menaruh) sesuatu; ~ sirih tempat sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : 1 tanda-tanda yg terdapat pd sesuatu selepas dipegang dll; kesan: Di atas tangga yg basah itu, kelihatan ~ tapak kasut. 2 dahulunya pernah menjadi… tetapi sekarang tidak lagi: ~ askar seseorang yg dahulunya pernah menjadi askar. ~ luka (kudis) parut pd kulit kerana luka (kudis). ~ tangan hasil kerja tangan seseorang. berbekas ada atau tampak bekasnya atau tandanya: Tangannya masih ~ tanah. membekas 1 meninggalkan bekas: Kesedihannya tidak ~ keluar. 2 menimbulkan kesan yg kuat; sangat berkesan: Segala nasihat gurunya ~ dlm hatinya. membekaskan meninggalkan sesuatu sbg bekas atau kesan: Peristiwa itu ~ kenangan di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan atau tempat mengisikan sesuatu: ~ sirih tempat menyimpan sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas

Puisi
 

Terang bulan bagai dibasuh,
     Bulan tidak mengambang lagi;
Tinggal kain bekas tubuh,
     Badan tidak bersama lagi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
betel leaf holdertepak sirihArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSimbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak.
containerbekasTeknologi MaklumatPerisianKelas, struktur data atau jenis data abstrak yang merupakan koleksi beberapa objek. Bekas ini digunakan untuk menyimpan objek dalam bentuk yang tersusun dengan menggunakan peraturan capaian yang tertentu. Umumnya, kelas bekas ini boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah seperti yang berikut: i. Mewujudkan bekas kosong yang baharu. ii. Melaporkan bilangan objek yang disimpan. iii.Memadamkan kesemua objek di dalam bekas. iv.Menyelitkan objek yang baharu ke dalam bekas. v. Membuang objek daripada bekas. vi. Menyediakan capaian kepada objek yang tersimpan.
liquid dispenserpemindah cecairKimiaKimia AnalisisAlat yang digunakan untuk memindahkan cecair dari satu bekas ke bekas yang lain dengan isi padu tertentu, contohnya pipet.
pipettepipetKimiaTiadaRadas makmal yang ditentukurkan untuk memindahkan suatu isi padu tertentu cecair dari satu bekas ke bekas yang lain. terdapat dua jenis pipet, iaitu pipet bebuli dan pipet bersenggat.
closed vesselbekas tertutupKejuruteraanKejuruteraan KimiaBekas yang ditutupi keseluruhannya ketika operasi proses berlaku. Kegunaan bekas ini adalah untuk mengurangkan terjadinya kehilangan haba dan jisim ke persekitaran.
plastic containerbekas plastikLandskapTiadaBekas yang diperbuat daripada plastik yang digunakan sebagai tempat untuk menanam tumbuhan. Bekas ini biasanya dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sinonim pasu plastik.
bur standbekas burPergigianTiadaBekas yang biasanya diperbuat daripada plastik atau keluli nirkarat dan digunakan untuk menyimpan atau menyusun bur. Bekas yang diperbuat daripada keluli nirkarat boleh disterilisasi di dalam autoklaf. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk mengikut pembuatnya.
agitated vesselbekas teradukKejuruteraanKejuruteraan KimiaBekas yang mengandungi pengaduk berbentuk kipas di bahagian tengahnya yang dipusingkan oleh motor. Kegunaan bekas ini adalah untuk mendapatkan percampuran yang baik antara komponen-komponen campuran di dalamnya.
air receivertangki udaraKejuruteraanKejuruteraan MekanikBekas yang diperbuat daripada keluli atau gentian kaca untuk menyimpan udara bertekanan. Bekas ini dilengkapi dengan injap keselamatan, tolok tekanan dan injap salir. Bekas ini mesti diperiksa secara berkala dan didaftarkan dengan pihak berkuasa. Udara yang tersimpan dalam bekas ini digunakan sebagai sumber bekalan kuasa sistem pneumatik dan kegunaan lain seperti pemprosesan bahan dan pengudaraan ruang kerja.
hermetically sealed containerbekas kedap udaraMakanan dan PemakananTeknologi MakananBekas yang bertutup rapat supaya udara atau gas tidak boleh masuk atau keluar. Bekas ini lazimnya digunakan untuk makanan yang mudah teroksida.
12345678910...

Kembali ke atas