Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MORNING saya hendak tanya tentang soalan ini Semua anaknya bekerja. Anak bongsunya tidak bekerja ( kecuali) jwp: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya tidak bekerja . atau Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya .Ayat yang betul ialah: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya.Tatabahasa23.03.2012
Ejaan yang betul "bekerja" atau "bekerja". Kenapa sedemikian?Ejaan yang betul ialah bekerja. Ejaan ini merupakan bentuk terkecuali dan mantap daripada ejaan perkataan lain yang menerima imbuhan beR seperti perkataan berserta.Ejaan25.09.2007
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul?Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa02.05.2012
Salam sejahtera, Anak-anak Encik Ramli suadah bekerja. Anak bongsunya belum bekerja. ( kecuali / atau) (gabungkan ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk ) Jawapan yang saya dapat daripada guru yang tanda kertas peperiksaaan itu adalah " Anak - anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya belum bekerja" Jawapan ini adalah betul ? Bolehkah saya dapat jawapan yang betul daripada Pihak tuan.Penggunaan perkataan kecuali lebih tepat berbanding perkataan atau dalam ayat majmuk tersebut. Ayat yang gramatis ialah Anak-anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya.Tatabahasa30.03.2012
bekerja atau berkerja... kalau bekerja betul bermaksud bejalan betul...mohon penjelasan penggunaan imbuhan ini

Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. Huruf 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu.

Ejaan yang betul bagi kata  beR- jalan ialah "berjalan" iaitu kata kerja  berawalan beR- bersifat tak transititif tanpa pelengkap. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 162 - 263.

Tatabahasa04.10.2017
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa15.03.2012
mengapa untuk perkataan bekerja tidak di eja berkerja

Encik Anas terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan bagi perkataan BEKERJA yang betul ialah BEKERJA bukan BERKERJA

    -  suatu pengecualian dalam sistem ejaan bahasa Melayu

    -  dieja mengikut cara ejaan dalam tulisan jawi yang tidak membunyikan huruf R

 

Tatabahasa16.08.2009
mengapakah kata ini 'terserlah', bukan ditulis dengan 'teserlah'? Sebelum ini, saya mendapat tahu bahawa kata 'bekerja' dan 'peserta' digugurkan imbuhan 'ber' dan 'per'( 'r') kerana suku kata pertama mempunyai 'er' .Mengikut rumus tatabahasa, kata kerja terserlah wujud hasil gabungan awalan ter- dengan serlah dan kata nama peserta wujud hasil gabungan awalan pe- dengan serta. Kata kerja bekerja wujud hasil gabungan awalan ber- dan kerja, tetapi huruf r dalam gabungan kata kerja tersebut luluh dan terhasillah bekerja. Bekerja ialah kekecualian dalam bahasa Melayu dan kekecualian ini tidak banyak, hanya beberapa perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa24.04.2014
Memahami dan mematuhi tertib bekerja dalam bengkel atau Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkelAyat yang betul ialah Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel.Tatabahasa05.08.2014
Mana satu ayat yang betul? 1) Mereka bekerja di bawah sebuah syarikat yang besar. 2) Mereka bekerja bawah sebuah syarikat yang besar.Mereka bekerja di sebuah syarikat yang besar.
Tatabahasa03.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas