Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
automatik) Carta alir yang dilukis secara automatik oleh komputer daripada kod mirip yang diberikan. (KOM) automatic (automatik) Berkaitan dengan peranti yang terkendali secara sendiri tanpa bantuan manu- sia. Peranti automatik bekerja dengan sendiri apabila berlaku sesuatu perubah- an keadaan daripada keadaan biasa seperti pertambahan arus dengan menge - jut, arus bocor ke bumi atau kenaikan suhu. Contoh peranti automatik ialah pemutus litar berjalan lancar dan sebarang sistem yang lemah atau rosak dapat dikenal pasti. Sistem yang rosak atau lemah ini kemudiannya digantikan dengan yang baru. Proses ini mengandaikan bahawa sistem yang dapat bekerja pada tahap ini disahkan baik. 2. Pengujian litar komputer pada suhu yang tinggi untuk memastikan semua sambungan papan litar dalam keadaan baik. (KOM) burnt brick (bata bakar) Bata yang digunakan

Kembali ke atas