Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ku] | بکو

Definisi : 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ku] | بکو

Definisi : 1 keras atau kental kerana sejuk (ttg cecair): Pagi itu sejuk sungguh sehingga minyak kelapa dlm botol pun menjadi ~. 2 ki ditangguhkan berlakunya sesuatu; tidak bergerak: Pengambilan kakitangan diarahkan ~ buat sementara. membeku menjadi beku: Air akan ~ apabila disejukkan ke paras 32 darjah Fahrenheit. membekukan membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku: Petang semalam, saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. kebekuan keadaan beku. pembekuan perihal membeku atau membekukan. pembeku benda atau bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beku

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKAT BEKU

Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan

berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku

bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa,

misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau

bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C.

Takat beku bahan tulen serupa dengan takat

lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku

pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu

yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada

pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal

bahan tersebut berada dalam keseimbangan

dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah

atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu

secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun

cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama

cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan

suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan

untuk membekukannya, dikenali sebagai haba

pelakuran.

UMUM 
MAKANAN SEJUK BEKUMakanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah

satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet

makanan. Syarikat pemproses makanan

menyejukbekukan makanan seperti makanan

panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran

dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang

menyejukbekukan makanan di rumah.

Penyejukbekuan mengawet makanan dengan

mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan

makanan dan dengan melambatkan tindak balas

kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk

beku hendaklah disimpan pada suhu –18°C atau di

bawah suhu ini.

UMUM 
PENGERINGAN SEJUK BEKU UMUM 
AIS

Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan

ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan

dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku,

fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga

glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh

kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku

bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu

daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang

mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam,

atau gula, membeku pada suhu lebih rendah

daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian

boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya

daripada membeku. Apabila bendasing dicampur

pada ais, ia menyebabkan ais cair.

UMUM 
AISKRIM

Aiskrim ialah makanan beku yang popular.

Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu,

gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri,

minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak

kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi,

boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu.

UMUM 
SERUM

Serum ialah bahagian bendalir jernih dalam

darah yang tertinggal selepas darah beku

terbentuk. Serum sama seperti plasma (jumlah

bahagian cecair dalam darah) kecuali serum tidak

mengandungi fibrinogen, iaitu bahan yang

menyebabkan pembekuan.

UMUM 
KOAGULAN

Koagulan ialah mana-mana bahan yang

menyebabkan bendalir menjadi beku atau

menjadi pekat.

UMUM 
STROK

Strok ialah kehilangan fungsi otak dengan tibatiba.

Ia adalah kecemasan perubatan yang boleh

menyebabkan kelumpuhan, kerosakan otak yang

teruk, atau kematian. Kebanyakan strok berlaku

apabila darah beku atau sesetengah bahan lain

menyekat aliran darah ke otak, lalu mengganggu

bekalan oksigen dan nutrien ke otak. Jika sekatan

ini berlanjutan lebih daripada beberapa minit,

kecacatan otak yang kekal mungkin berlaku. Strok

juga mungkin berlaku apabila pembuluh darah

pecah dan menyebabkan pendarahan ke dalam

otak, atau ke dalam bendalir di sekeliling otak.

Pendarahan mendatangkan tekanan yang

merosakkan tisu otak, menyebabkan kehilangan

fungsinya.

UMUM 
AISBERG

Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar,

berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah

glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang

amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia

terjadi daripada air beku segar

UMUM 
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM 
12

Kembali ke atas