Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keras atau kental kerana sejuk (ttg cecair): Pagi itu sejuk sungguh sehingga minyak kelapa dlm botol pun menjadi ~. 2 ki ditangguhkan berlakunya sesuatu; tidak bergerak: Pengambilan kakitangan diarahkan ~ buat sementara. membeku menjadi beku: Air akan ~ apabila disejukkan ke paras 32 darjah Fahrenheit. membekukan membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku: Petang semalam, saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. kebekuan keadaan beku. pembekuan perihal membeku atau membekukan. pembeku benda atau bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beku

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antifreezeantisejuk bekuKimiaTiadaBahan yang menurunkan takat beku air. Antisejuk beku lazimnya dicampurkan ke dalam air penyejuk radiator untuk menghalang pembekuan air berkenaan. misalnya, 1,2-etanadiol (glikol), CH2OH-CH2OH. Antisejuk beku juga dicampurkan ke dalam petrol untuk menghalang pembekuan air di dalam karburetor. Misalnya, campuran metanol dan 2-propanol.
freezerpenyejuk bekuPentadbiran PerniagaanTiadaPeti sejuk, ruang atau bilik yang boleh mengekalkan suhu sejuk beku atau separuh sejuk beku, untuk menyejukbekukan dan menyimpan bahan makanan mudah rosak.
deep freezesejuk beku lampau; kental-bekuSejarahTiadaSatu keadaan yang tertunda atau tertangguh buat sementara waktu sehingga mendapat keterangan lanjut.
frostibunHidrologiTiada(1) Sin. embun putih; ibun putih; lihat juga embun beku; rime. Embun beku atau wap. (O.D) (2) Sin. pembekuan Penurunan suhu udara ke suatu nilai yang sama dengan atau lebih rendah dari takat beku air (0o C pada tekanan biasa). (WMO)
depression of freezing pointpenurunan takat bekuKimiaTiadaPengurangan takat beku sesuatu pelarut dengan penambahan zat terlarut. Ukuran penurunan ini digunakan dalam penentuan jisim molekul relatif zat terlarut. Penurunan takat beku berkadaran dengan bilangan molekul atau ion zat terlarut di dalam pelarut. Penurunan takat beku yang dihasilkan oleh kepekatan molekul yang sama bagi sebarang bahan adalah malar untuk pelarut tersebut. Bdg. penaikan takat didih.
antifreezeantisejuk bekuFizikTiadaBahan untuk menghalang sejuk beku dari berlaku atau menurunkan takat beku air.
antifreezeantisejuk bekuPerubatanTiadaBahan untuk menghalang sejuk beku dari berlaku atau menurunkan takat beku air.
antifreezeantisejuk bekuPerubatanTiadaBahan untuk menghalang sejuk beku dari berlaku atau menurunkan takat beku air.
antifreezeantisejuk bekuKimiaTiadaBahan untuk menghalang sejuk beku dari berlaku atau menurunkan takat beku air.
freezingsejuk beku; penyejukbekuanPentadbiran PerniagaanTiada1. Sejuk beku: Berkaitan dengan keadaan yang tidak panas, rendah suhunya yang boleh menyejukkan dan membekukan sesuatu.,2. Penyejukbekuan: Proses yang melibatkan perubahan daripada keadaan cecair kepada keadaan beku.
12345678910...

Kembali ke atas