Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la] | بلا

Definisi : (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : ; berbela terpelihara, berjaga: misainya tidak ~;berbelakan sl memeliharakan, menyelamatkan: maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dlm istana; membela 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; terbela dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api;teperbela sl dapat dibela (dgn sungguh-sungguh): maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;belaan yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;kebelaan sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya; pembelaan perihal membela, pemeliharaan; pembela orang yg membela: ~ itik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : /béla/ 1 orang yg ikut mati bersama suaminya atau tuannya dgn cara membunuh diri dsb. 2 balasan yg dikenakan terhadap orang yg melakukan pembunuhan atau kejahatan: menuntut ~ membalas kejahatan orang. membela 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. pembelaan hal atau perbuatan membela. pembela orang yg membela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la] | بلا

Definisi : ; membela 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. belaan yg dibela: haiwan ~. pembelaan 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bela

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Kancung,
     Ambilkan saya papan biola;
Makan minum boleh ditanggung,
     Sakit pening siapa nak bela.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bela uribela uriKesenianTiadaTeknik menjaga uri dengan bersistem supaya ligat dan tahan lama.
ego defense mechanismmekanisme bela diri egoPsikologiPsikologi UmumLihat mekanisme bela diri.
defense mechanismmekanisme bela diriPsikologiPsikologi UmumTindak balas egoistik yang normal daripada individu dalam menghadapi sesuatu yang bersifat ancaman. Tindak balas ini merupakan satu cara yang digunakan oleh individu untuk melindungi dirinya daripada sesuatu yang menyakitkan emosi, fizikal atau mental. Menurut Willerman dan Cohen (1990), terdapat tujuh jenis mekanisme bela diri, iaitu penekanan, penafian, projeksi, pindah gantian, pembentukan reaksi, identifikasi dan sublimasi. Sinonim mekanisme bela diri ego.
tonguelidahVeterinarPraklinikalOrgan perasa yang diliputi epitelium skuamus berlapis yang mengandungi papila; terutama sekali pada permukaan dorsal. Semua haiwan bela jinak mempunyai papila filiform; fungiform dan sirkumvalat. Papila foliat pula hanya terdapat pada lidah kuda; babi dan anjing dan tidak terdapat pada haiwan bela jinak yang lain. Kesemua papila kecuali filiform mempunyai tunas perasa. Tunas perasa ini membantu haiwan memilih makanan yang mengandungi elemen yang kekurangan dalam badan. Pada sesetengah spesies haiwan; seperti lembu; katak dan biawak; lidah digunakan untuk mencengkam.
defensivebela diri/ defensifPsikologiTiadaTiada
advocatepeguam belaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
advocatepeguam belaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
advocatepeguam belaPentadbiranTiadaTiada
advocatepeguam belaUndang-undangTiadaTiada
apologiahujah belaSejarahTiadaSatu kenyataan yang memohon maaf atau membela diri.
123

Kembali ke atas