Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belajar

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Bermaksud :

Baru cukup umur.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain.

Jawapan yang betul  ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya,

1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji

2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan.

4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum.

5. Mereka berjuang bermati-matian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402.

Tatabahasa22.03.2011
perkatan berlwanan bagi belajarBelajar bermakna berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan. Perkataan berlawan bagi belajar, adalah berkaitan dengan sikap seseorang yang berada dalam situasi berkenaan.Lain-lain06.02.2008
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1) berguru kepada Ali atau berguru dengan Ali? 2) belajar kepada Ali atau belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali? 3) berpandu pada peta atau berpandukan peta atau berpandu dengan peta? 4) semua orang murid atau semua murid? 5) setiap orang murid atau setiap murid? 6) sesetengah murid atau sesetengah orang murid? 7) beberapa kereta atau beberapa buah kereta? 8) persahabatan antara Ali dan Abu atau persahabatan antara Ali dengan Abu? Terima kasih.1. Berguru kepada Ali.
2. Belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali - kedua-duanya betul dengan konteks makna yang berbeza.
3. Berpandukan peta. 
4. Semua murid.
5. Setiap murid.
6. Sesetengah murid. 
7. Beberapa buah kereta. 
8. Persahabatan antara Ali dengan Abu.
Tatabahasa07.10.2022
BAGAIMANAKAH KITA HENDAK BELAJAR DENGAN SUKSES ?

Assalamualaikum

Ada berbagai-bagai teori untuk belajar dengan sukses. Contohnya Gaya Belajar (Learning Styles) oleh Honey dan Mumford. Multiple Intellegent oleh Gardner. Saya syorkan saudara dapatkan teori ini dalam dalam web dan ia boleh jadikan panduan belajar. Cari artikel yang berkaitan belajar cara belajar. Daripada beberapa panduan ini saudara boleh memilih kaedah yang sesuai dengan saudara. 

Untuk makluman saudara hanya maklumat yang tersusun dengan baik yang akan kekal lama dalam ingatan kita. Oleh itu fahami dengan baik setiap subjek yang diajar oleh guru. Buat nota dengan kemas. Buat peta minda.

 Sekian.

 

Lain-lain06.08.2010
apakah bentuk kata bagi perkataan "belajar"?Belajar merupakan kata kerja yang berasal daripada kata dasar ajar, yang menerima imbuhan ber-.Tatabahasa04.10.2016
1. Terdapat perkataan belajar dalam bahasa Melayu. Adakah imbuhan bel- dalam bahasa Melayu untuk perkataan "belajar". 2. Adakah perkataan belajar itu kata dasar? Ataupun bel- itu ialah satu morfem dan ajar itu juga satu morfem?1. Bagi kata dasar ajar, gabungan imbuhan ber- dengan kata dasar menghasilkan kata terbitan belajar, iaitu satu bentuk kekecualian. Sama seperti kata dasar unjur, gabungan dengan ber- menghasilkan belunjur.Tatabahasa18.08.2010
Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih.

Andrew,

kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh  - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh.

Tatabahasa26.03.2010
Ayat berikut yang mana betul? a. Saya belajar dari pagi hingga petang. b. Saya belajar dari pagi ke petang. c. Saya belajar dari pagi hingga ke petang.Ayat yang betul ialah 'Saya belajar dari pagi hingga petang.'Tatabahasa19.09.2011
belajar merupakan proses berfikir melalui operasi minda kepada maklumat. apakah kesalahan tatabahasa bgi ayat ini? berfikir ditukar kepada pemikiran?Ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan. Harap maklum.Tatabahasa14.07.2008
saya MAHMUD sedang belajar bahasaMELAYU Berapakah belajar bahasa MELAYU pada sekarangSoalan yang tuan kemukan tidak jelas. Untuk makluman tuan, di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang digunakan oleh warganegara Malaysia.Tatabahasa07.11.2013
12345678910...

Kembali ke atas