Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belajar

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Bermaksud :

Baru cukup umur.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
learning to learnbelajar untuk belajarPendidikanTiadaTiada
learning to learnbelajar untuk belajarPsikologiTiadaTiada
learning preferencepemilihan cara belajarPendidikanTiadaPendekatan yang dipilih oleh pelajar untuk belajar seperti menggunakan gambar,buku teks, belajar bersama orang lain atau belajar bersendirian.
social learningpembelajaran sosialTeknologi Maklumate-PembelajaranKaedah pembelajaran yang berasaskan teori pembelajaran sosial, iaitu manusia belajar dengan belajar daripada manusia lain dengan meniru perbuatan tersebut berdasarkan pemerhatian atau perkongsian maklumat. Pembelajaran ini merupakan satu bentuk revolusi dalam e-pembelajaran yang menggalakkan interaksi sesama mereka seperti individu yang terlibat dalam pembelajaran terangkai. Lihat juga pembelajaran terangkai.
learning atmospheresuasana belajarPendidikanTiadaKeadaan tempat belajar yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran-pembelajaran.
peeragogypiragogiTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran fleksibel yang melibatkan pembelajaran sesama rakan secara kolaboratif. Mereka belajar dengan menggunakan alat kolaboratif dan pengetahuan dalam talian kerana ketiadaan rakan yang pakar bidang dan ketiadaan guru. Piragogi juga berkaitan dengan belajar dan mengajar sesama rakan. Sinonim paragogi.
self-studybelajar sendiriPendidikanTiadaTiada
interlearningsaling belajarPendidikanTiadaTiada
overlearningterlebih belajarPsikologiPsikologi UmumPembelajaran tambahan yang diperoleh selepas sesuatu kemahiran yang lebih tinggi dikuasai. Melalui pembelajaran ini, ingatan akan menjadi bertambah baik secara berlipat ganda. Caranya ialah melalui kajian atau mempelajari dengan lebih lanjut tentang maklumat yang telah diketahui. Kadangkala, proses ini dirujuk juga sebagai latihan atau pengulangan yang melampaui had yang diperlukan untuk mengingat atau mengekalkan sesuatu maklumat.
self-studybelajar kendiriPendidikanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas