Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : ; ~ ular sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, leban bunga, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.kang] | بلاکڠ

Definisi : 1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakang

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sneakyadj (colloq & derog) a. (of person, behaviour) that sneaks, be characteristic of a sneak, suka buat belakang-belakang: I feel very uncomfortable having her around; she’s so ~, saya tdk selesa apabila dia ada bersama; dia suka buat belakang-belakang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rearmostadj paling belakang, belakang sekali, terbelakang: the ~ ship in the line, kapal yg paling belakang dlm barisan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backsay st behind so’s ~, mengata-ngata sso di belakang-belakang; the ~ of beyond, tempat yg jauh /di hulu, terpencil/; turn o’s ~ on, a. memberi belakang kpd; b. (fig.) membelakangi, mengabaikan: to turn o’s ~ on o’s problems, membelakangi masalah sso; turn o’s ~ on the world, /mengasingkan, memencilkan, menyisihkan/ diri; with o’s ~ against (st), dgn bersandar pd (sst); with o’s ~ to (st), dgn membelakangi (sst); with o’s ~ to the wall, (fig.) dlm keadaan /terdesak, terhimpit/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ behind so’s back, a. do st without person’s knowledge, melakukan sst di belakang sso; b. say st behind so’s back, mengata-ngata sso di belakang-belakang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backgroundn (lit. & fig.) latar belakang: family ~,latar belakang keluarga; the ~ of a problem, latar belakang masalah; a ~ in mechanical engineering, latar belakang dlm bidang kejuruteraan mekanik; ~ information, maklumat latar belakang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backlessadj mendedahkan belakang, terbuka di belakang: a ~ dress, pakaian yg mendedahkan belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rear 1 n 1. back part, bahagian belakang: the ~ of the house, bahagian belakang rumah itu; the train hit the car in the ~, kereta api itu melanggar bahagian belakang kereta; 2. place, position at the back, belakang: a large garden at the ~ of the house, sebuah taman besar di belakang rumah itu; take two paces to the ~, undur dua langkah ke belakang; ~ windows, tingkap belakang; 3. last part of army, procession, etc, barisan belakang: to attack the enemy in the ~, menyerang musuh yg di barisan belakang; 4. (colloq) buttocks, buntut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backadj 1. rear, belakang: ~ door, pintu belakang; ~ wheel, roda belakang; ~ teeth, gigi belakang; 2. in arrears, tunggakan: ~ pay, gaji tunggakan; ~ rent, sewa tunggakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backn 1. (of person, animal) belakang; 2. (of thing) a. (gen) belakang: the ~ of a house, belakang rumah; the ~ of a knife, belakang pisau; with the ~ of the hand, dgn belakang tangan; b. (of seat) sandaran: the ~ of a chair, sandaran kerusi; c. (of tongue) pangkal; 3. (games) pemain barisan belakang, bek: left ~, bek kiri; half-~, hafbek, pemain barisan tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behindadv 1. in the rear, di belakang: the children sat ~ , kanak-kanak itu duduk di belakang; from ~, dr belakang; 2. towards the rear, ke belakang: to glance ~, menoleh ke belakang; 3. in arrears, a. (in or with o’s payments) lambat, lewat: to be ~ in o’s rent, lambat membayar sewa sso; b. (in or with o’s work, studies, etc) ketinggalan, terkebelakang: he is far ~ in his work, dia jauh ketinggalan dlm kerjanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas