Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kemudian hari (kelak); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemudian haribelakang hari, kelak;Kamus Dewan Edisi Keempat
belakang harikemudian hari (kelak);Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudian1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ingat-ingatan1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa;Kamus Dewan Edisi Keempat
hari1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm seminggu; ~ Ahad (minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3. bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi; malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca, udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari: dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya; belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu; ~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, peraya­an Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg peng­hormatan kpd kaum buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~ guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk menge­nang atau memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei) utk menge­nang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebang­sa­an hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memper­ingati) Kekasih hari (pd 14 Februari) yg dirai­kan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentine’s Day; ~ Ke­mer­dekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~ keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya; ~ mahsyar = ~ hisab hari diper­hitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat; ~ mata­hari hari yg panjangnya di­tentukan oleh matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menama­kan calon pilihan raya; ~ perniaga­an hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan; H~ Raya a) = H~ Raya Puasa (Aidil­fitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = H~ Raya Haji (Korban) = H~ Raya Aidil­adha hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zul­hijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyem­belih korban (11, 12 dan 13 Zul­hijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan se­seorang dilahirkan, atau sesuatu (per­kah­win­- an, penu­buhan organisasi dsb) berlaku: ~ ulang ta­hun­nya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkah­win­annya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah); ~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (pe­tang) dikejar-kejar prb membiarkan pe­luang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya; sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, be­berapa hari; ~ suntuk sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd hari per­kah­winan);seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; sehari-harian seharian: dia merasa ter­sangat letih selepas bekerja ~; berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya; berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~; harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; perharian hal mengira bilangan hari.Kamus Dewan Edisi Keempat
undur, = berundur 1 berjalan ke belakang; surut ke belakang. 2 menjauhkan diri dr sesuatu tempat; pergi dr sesuatu tempat: Kerana serangan musuh terlalu kuat, kami terpaksa ~. mengundurkan 1 menggerakkan ke belakang: Ia ~ keretanya. 2 menarik ke belakang; menyuruh berundur: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ musuh dr situ. 3 menangguhkan ke waktu yg lain; menunda: Ahmad ~ hari perkahwinannya ke bulan depan. ~ diri a. menarik diri; meletakkan jawatan; berhenti. b. pergi (dr); meninggalkan (sesuatu tempat): Kerana terlalu bising, ia ~ diri dr majlis tari-menari itu. pengunduran perbuatan atau hal mengundurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belakang I1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengundurkan1 menggerakkan ke belakang: Ia ~ keretanya. 2 menarik ke belakang; menyuruh berundur: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ musuh dr situ. 3 menangguhkan ke waktu yg lain; menunda: Ahmad ~ hari perkahwinannya ke bulan depan. ~ diri a. menarik diri; meletakkan jawatan; berhenti. b. pergi (dr); meninggalkan (sesuatu tempat): Kerana terlalu bising, ia ~ diri dr majlis tari-menari itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyembelihan1. perbuatan menyem­belih, pemotongan: dua ekor kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu hari ~nya; 2. daging upah menyembelih; tidak usak kerbau oleh ~ prb tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yg berderma;Kamus Dewan Edisi Keempat
betis Ibahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali); buah ~ = jantung ~ = perut ~ daging di belakang tulang kering, anjing-anjing; tulang ~ tulang kering (antara lutut dan kaki); diberi ~, hendak paha prb diberi sedikit, hendak banyak;membetis berjalan kaki: setiap hari dia ~ ke sekolah.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas